Saturday, 29 October 2011

'Kerja Kami Bukan Bankrapkan Orang Saja'

KUALA LUMPUR: “KAMI bukan zalim membankrapkan orang kerana Jabatan Insolvensi Malaysia mentadbir hal ehwal mereka yang sudah diisytiharkan bankrap.”
Demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengenai salah tafsir segelintir masyarakat terhadap fungsi organisasi itu.
Hanya disebabkan urusannya membabitkan hal kebankrapan, maka Jabatan Insolvensi sering menjadi tempat melepaskan kemarahan dan rasa tidak puas hati si bankrap.

Beliau berkata, jabatan disifatkan tidak memahami kesusahan orang yang meminjam wang, selok-belok perniagaan dan keadaan orang yang terpaksa berhutang.
“Mereka juga mengatakan Jabatan Insolvensi tidak faham kenapa orang tidak dapat bayar hutang dan perasaan seseorang itu yang diisytiharkan bankrap.
“Mereka marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. Ada juga yang takut pada kita, malah beremosi kerana mempunyai persepsi mengenai kita yang menyekat kebebasan dan merosakkan kehidupan mereka,” katanya kepada Mingguan mStar.

Seseorang itu akan diisytiharkan bankrap apabila mendapat perintah mahkamah di atas kegagalan membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.
Segala transaksi kewangan mereka disekat dan aset akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi untuk ditadbir urus bagi agihan bayaran kepada pemiutang.
Si bankrap turut hilang kelayakan dari segi kedudukan sama ada dalam politik, persatuan dan syarikat kerana status kebankrapan mereka menyentuh isu integriti.
Jabatan Insolvensi mentadbir hal ehwal si berhutang atau si bankrap mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969.

Selain itu Abdul Karim berkata, perilaku mereka turut dipantau terutama membabitkan gaya hidup dan mengelakkan dari terjebak dengan bankrap kali seterusnya.
Menurut beliau, kebaikan seseorang penghutang itu diisytiharkan bankrap, mana-mana pemiutang tidak dibenarkan membuat tuntutan secara persendirian.
“Oleh itu, si bankrap dilindungi daripada tekanan dan desakan pemiutang dan pembayaran hutang hanya boleh dibuat menerusi Jabatan Insolvensi.
“Tidak dinafikan ada yang mengisytiharkan mereka sebagai bankrap di mahkamah bagi mendapatkan perlindungan, namun jumlahnya amat kecil,” ujarnya.
Si bankrap yang ditadbir urus pembayaran hutangnya oleh Jabatan Insolvensi tidak kurang daripada lima tahun dan tempoh bergantung kepada kerjasama mereka.
Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, peranan Jabatan Insolvensi perlu adil kerana perlu menjaga kepentingan pemiutang selain melindungi si bankrap.

Menurut beliau, kecekapan akan dipertingkatkan bagi mengenal pasti aset dan hutang si bankrap, cara penyelesaian hutang dan agihannya kepada pemiutang.
“Penstrukturan semula yang dilakukan kerana Jabatan Insolvensi tidak mahu dilihat sebagai penguatkuasa, tetapi perunding dan penasihat,” katanya.

GAGAL SERAH PENYATA, TIDAK BOLEH MENUNAIKAN HAJI

PETALING JAYA: Jabatan Insolvensi sehingga kini meluluskan sebanyak 76 permohonan daripada individu yang diisytiharkan muflis untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, mereka adalah di kalangan 12,126 individu yang diisytiharkan bankrap sejak Januari hingga Ogos lalu.
“Tahun lalu sebanyak 208 individu bankrap diluluskan permohonannya bagi tujuan sama.
“Walaupun individu yang diisytiharkan bankrap dikenakan senarai hitam, Jabatan Insolvensi masih membenarkan mereka untuk ke luar negara dengan alasan kukuh termasuk tujuan keagamaan seperti haji dan umrah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Rombongan pertama lebih 1,100 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci Mekah awal pagi ini.
Dalam pada itu, Abdul Karim kesal apabila jabatan itu dituduh tidak Islamik kononnya menyekat hasrat segelintir bakal jemaah haji di kalangan individu yang diisytiharkan bankrap untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Beliau berkata, Akta Kebankrapan 1967 mengenakan tindakan senarai hitam ke atas individu bankrap yang menyekat mereka daripada ke luar negara.
“Syarat wajib haji sendiri adalah kemampuan. Jika mereka berkemampuan, mereka sepatutnya bertanggungjawab melangsaikan hutang atau sekurang-kurangnya memberi kerjasama untuk menyelesaikan masalah kebankrapan.
“Pergi menunaikan haji sudah tentu memerlukan belanja, bukankah wang (perbelanjaan) itu sepatutnya melangsaikan dahulu apa yang tertunggak?
“Pun begitu, kami tidak zalim seperti yang disangka kerana masih mempunyai budi bicara atas dasar kemanusiaan. Si bankrap masih boleh mengerjakan haji sekiranya memberikan kerjasama.
Abdul Karim berkata, peluang masih terbuka untuk individu bankrap meneruskan hasrat mengerjakan haji.

“Jabatan Insolvensi sentiasa memberikan peluang asalkan mereka datang untuk berunding dengan kami bagi urusan kebankrapan dan permohonan ke luar negara.
“Tiada larangan untuk mereka ke luar negara bagi mengerjakan haji, tapi bertanggungjawablah ke atas hutang yang ada,” katanya.
Tambahnya, segelintir individu didapati membuat permohonan untuk mengerjakan haji secara senyap-senyap dan hanya mempersalahkan jabatan itu apabila berlaku masalah pengurusan jemaah pada saat akhir akibat nama disenaraihitamkan.
“Mereka tahu telah diisytiharkan bankrap, mereka sedar tidak pernah bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi dan mereka juga tahu tentang syarat kebankrapan akan dikenakan senarai hitam iaitu sekatan ke luar negara, tetapi tidak diambil peduli.
“Jika mereka memberikan kerjasama, sudah tentu kita akan mempertimbangkan permohonan ke luar negara untuk mengerjakan haji,” katanya lagi.
Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa status kebankrapan di laman web Jabatan Insolvensi, www.insolvensi.gov.my atau cawangan Jabatan seluruh negara.
Peringatan itu diutamakan untuk individu yang berhutang atau menjadi penjamin ke atas pinjaman orang lain atau gagal membayar hutang dalam beberapa tempoh.
Selain tidak memberikan kerjasama dalam urusan pembayaran, permohonan turut ditolak oleh Ketua Pengarah Insolvensi kerana kegagalan menfailkan pernyataan hal ehwal dan penyerahan penyata pendapatan serta perbelanjaan tidak teratur.

Hutang Individu Bankrap Di Malaysia RM71.36 Bilion

PETALING JAYA: Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu yang disytiharkan muflis atau bankrap di negara ini sebanyak RM71.36 bilion, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Beliau berkata, jumlah yang ditadbir urus oleh organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu membabitkan seramai 81,908 individu bankrap daripada 218,561 kes kebankrapan berdaftar.
“Hutang RM71.36 bilion itu merupakan nilai keseluruhan hutang yang telah difailkan oleh pemiutang dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.
“Ini termasuk jumlah hutang yang dimaklumkan oleh pihak petisyen dan pemiutang-pemiutang lain dalam kes kebankrapan,” katanya kepada mStar Online, di sini.
Abdul Karim berkata, jumlah hutang individu bankrap pada tahun lalu adalah berjumlah RM928 juta manakala jumlah hutang dari Januari sehingga Jun tahun ini RM12.39 bilion.
“Kira-kira 40 peratus golongan bankrap mempunyai hutang dengan lebih daripada satu organisasi atau pemiutang,” ujarnya.

Antara jenis hutang yang gagal dilunaskan si bankrap adalah sewa beli kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan dan kad kredit.
Dalam pada itu, dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, jumlah hutang individu bankrap yang sudah dilunaskan kepada pemiutang atau dividen adalah sebanyak RM281.99 juta.
Bagaimanapun Abdul Karim berkata, jumlah dividen itu amat kecil berbanding dengan jumlah hutang keseluruhan iaitu hanya kira-kira 0.39 peratus.
Jelasnya, keadaan itu disebabkan oleh beberapa faktor berikutan terdapat tiga jenis individu bankrap iaitu peminjam utama, penjamin sosial dan penjamin korporat.
“Bukan semua individu bankrap itu mempunyai pekerjaan atau aset yang membolehkan mereka untuk melunaskan hutang.

“Jika mereka tidak mempunyai sumber kewangan, bagaimana hendak membayar hutang? Ini menyukarkan agihan dividen kepada pemiutang malah melambatkan proses untuk mengeluarkan mereka daripada kebankrapan,” ujarnya.
Beliau menambah, ada di antara individu bankrap hidup atas ihsan anak-anak mereka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Daripada 81,908 individu bankrap itu, Abdul Karim berkata, 4.66 peratus merupakan penjamin sosial manakala penjamin korporat 5.32 peratus.
“Jumlah dividen yang diagihkan kepada pemiutang pada tahun lalu sebanyak RM85.6 juta dan RM48.62 juta bagi Januari sehingga Jun tahun ini,” katanya.
Mengenai pelepasan kebankrapan dari tahun 2005 sehingga Jun 2010, seramai 11,223 individu bankrap diberikan pelepasan atas perintah mahkamah dan 9,523 individu dengan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia.

doctors failed to pay up

Doctors in public service are covered by the ministry.
Dr Chua said there might be an issue if the patient won a case but could not be paid because the doctor had no insurance. 

Asked if there were many cases where the doctors failed to pay up, he said doctors were not required to report to the ministry. 
“I am sure there are. If the amount is too big, the doctor just has to declare himself a bankrupt,” he said. 

Sekatan Ke Luar Negara: Jabatan Insolvensi Perketat Syarat Pelepasan

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Jabatan Insolvensi memperketatkan syarat kelulusan permohonan pelepasan individu yang diisytiharkan bankrap untuk ke luar negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, sebelum ini banyak pihak memperlekehkan jabatan itu yang dikatakan mudah memberi pelepasan pihak terbabit ke luar negara.

“Sudahlah ramai yang mempersalahkan kami yang kononnya membankrapkan mereka. Kini mereka mengambil kesempatan terhadap peluang pelepasan ke luar negara yang diberikan.
“Selepas ini setiap permohonan bukan sahaja dinilai berdasarkan alasan dan pengesahan, malah rekod kerjasama mereka dengan Jabatan Insolvensi berhubung kes kebankrapan,” katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Beliau mengulas laporan eksklusif muka depan akhbar The Star pada Sabtu mengenai sekatan terhadap rakyat Malaysia ke luar negara atas pelbagai sebab dan kesalahan.
Sebanyak 13 agensi yang menyalurkan senarai hitam kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Insolvensi mencatatkan jumlah paling tinggi seramai 196,473 orang atau 46 peratus.

Abdul Karim berkata, antara sebab permohonan individu bankrap untuk pelepasan ke luar negara adalah urusan kerja, beribadat dan perubatan.
Bagaimanapun katanya, terdapat kes penipuan dan alasan tidak relevan dikenal pasti dalam permohonan pelepasan yang dibuat oleh si bankrap.

“Ada yang menggunakan sebab atas urusan kerja, namun didapati ke luar negara untuk melancong. Begitu juga menggunakan alasan untuk bercuti bersama keluarga.

“Mereka sepatutnya sedar supaya mengubah gaya hidup dan corak perbelanjaan bagi melunaskan hutang kepada pemiutang untuk keluar daripada kebankrapan,” katanya.
Beliau menambah, setiap permohonan perlu disertakan dengan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi tempoh enam bulan.
Ini katanya, termasuk pengesahan dengan bukti dan jaminan bagi sebab-sebab pelepasan seperti urusan kerja, beribadat dan perubatan.

Dari tahun 2005 sehingga Jun tahun ini, seramai 81,908 individu diisytiharkan bankrap membabitkan hutang RM71.36 bilion.
Bagaimanapun, bagi tempoh yang sama, jumlah bayaran semula kepada pemiutang atau dikenali sebagai dividen hanya RM281.99 juta iaitu kira-kira 0.3 peratus.
Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, status kebankrapan boleh merujuk kepada mana-mana cawangan Jabatan Insolvensi di seluruh negara.
Menurut beliau, ramai individu hanya mengetahui diri mereka diisytiharkan bankrap apabila dikenakan sekatan di bahagian imigresen di lapangan terbang dan pintu masuk negara.

“Terdapat individu bankrap yang sudah pun mengetahui status kebankrapannya tetapi tidak pernah bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi untuk membuat bayaran.
“Mereka hanya datang kepada kami apabila mahu ke luar negara sehingga membuat rayuan agar diberikan pelepasan,” katanya.
Jelasnya, mereka yang diisytiharkan bankrap secara automatik akan disenaraihitamkan bagi tindakan sekatan ke luar negara.

Bagaimanapun, mereka akan diberikan pelepasan sementara bagi tujuan tersebut di atas kelulusan dan budi bicara Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi bergantung pada sebab dan keadaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai di kalangan peminjam utama dan penjamin supaya bertanggungjawab untuk memeriksa data berkaitan.
“Syak wasangka perlu dirasai mereka yang pernah membuat pinjaman atau menjadi penjamin, tidak bayar hutang atau sukar bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi,” ujarnya.

Selain Jabatan Insolvensi, agensi lain yang turut menyediakan senarai hitam untuk tindakan sekatan ke luar negara seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Si Bankrap Merana Kerana Hutang Orang Lain

KUALA LUMPUR: Tinjauan wartawan Mingguan mStar di Unit Kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan, mendapati kebanyakan si bankrap yang hadir atas ‘tiket’ sebagai penjamin.

Beberapa si bankrap yang ditemui selepas keluar dari bilik rundingcara bagi sesi soalan awal bersama Pegawai Insolvensi pasrah dengan nasib malang menimpa mereka.
Calvin (bukan nama sebenar), 41, berasal dari Ampang menyifatkan berita mengenai status kebankrapan merupakan sesuatu perkara paling musibah dalam dirinya.

Dia menjadi penjamin kepada abangnya untuk membuat pinjaman perniagaan pada tahun 2000.Perniagaan itu bermasalah menyebabkan abangnya gagal membayar hutang hampir RM1 juta.
“Saya hanya tahu sudah bankrap apabila dikenakan sekatan ketika majikan mahu menghantar saya bertugas ke luar negara.“Status bankrap ini menyebabkan saya diberhentikan kerja dan terpaksa mencari sumber pendapatan lain,” katanya.

Selain diberhentikan kerja dan sekatan ke luar negara, akaun simpanan Calvin turut dibekukan tanpa membolehkannya membuat sebarang transaksi kewangan.
“Saya tidak tahu hendak melepaskan geram pada siapa. Saya juga salah kerana mahu menjadi penjaminnya dulu,” ujarnya.

“Saya sudah terkena”

Bagi Kumaresan (bukan nama sebenar), 38, berasal dari Cheras, dia diiystiharkan bankrap pada April 2004, namun baru mengetahui status kebankrapan itu tahun lalu.
Menurutnya, kes kebankrapan itu disebabkan tindakan dia menjadi penjamin kepada seorang kenalan bagi pembelian sebuah kenderaan untuk kegunaan perniagaan.
“Bagaimanapun, dia gagal bayar hutang sehingga tertunggak sejumlah RM61,000.
“Nasib saya sungguh malang kerana bukan setakat menjadi bankrap, kena bayar hutang orang lain tetapi kenalan yang berhutang itu ‘hilang’ entah ke mana,” katanya.
Jauh di sudut hati, tidak dinafikan Kumaresan berasa amat tertekan apabila dimaklumkan bahawa dirinya diisytiharkan bankrap.

“Saya terfikir, hanya bekerja sebagai menjadi pemandu teksi, bagaimana saya hendak menyara isteri dan anak-anak yang masih kecil termasuk jumlah ‘hutang’?.
“Nak buat macam mana? Saya sudah pun terkena. Nak tak nak, saya terpaksa tanggung,” katanya.
Ralat lunas hutang
Hajat Mariam (bukan nama sebenar), 49, berasal dari Kajang untuk menunaikan umrah mungkin terpaksa ditangguhkan kerana diisytiharkan bankrap.
Semuanya hanya diketahui selepas namanya disenaraihitamkan apabila hendak membuat pembaharuan semula pasport.

Seingatnya, hutang yang ada adalah overdraft RM20,000.
“Apabila membuat semakan di Jabatan Insolvensi, saya dimaklumkan ia membabitkan aset sebuah rumah di bawah nama saya.
“Dulu, bekas teman lelaki menamakan rumah itu atas nama saya. Kerana cinta, saya bersetuju tanpa fikir panjang,” kata Mariam.

Dia bertanggungjawab menyelesaikan masalah sendiri, namun ralat sekiranya beban hutang orang lain perlu dilunaskan.
“Saya sanggup bayar berapa saja jumlahnya tetapi tidak mahu bayar hutang orang lain meskipun aset itu di atas nama saya kerana saya tidak pun pernah mendiaminya selama ini,” katanya dengan nada kecewa.

Source : MStar
Jul 31st 2010, 11:50 pm

Akta Bankrap 1967 tidak adil

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 kerana ia kini kelihatan seolah-olah mempertahankan orang yang memberi hutang, manakala mereka yang diisytihar muflis terus hidup dalam keadaan muflis.Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman berkata, akta itu juga mengakibatkan mereka yang diisytihar muflis gagal menjalani hidup seperti biasa kerana perlu mematuhi peraturan tertentu, termasuk tidak membenarkan mereka bekerja dan sebagainya.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Insolvensi Malaysia agar lebih bertimbang rasa dan adil terhadap mereka yang diisytiharkan muflis.

Maamor juga berkata kerajaan perlu menilai semula fungsi Jabatan Insolvensi.

“Jabatan Insolvensi perlu mengadakan program rehabilitasi bagi memastikan mereka yang muflis ini boleh dikeluarkan daripada keadaan itu agar dapat bersama semula dengan masyarakat sebagai seorang yang produktif,” katanya kepada pemberita, Khamis.

Beliau berkata PPIM juga akan membuat bancian melalui blognya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berkaitan jabatan berkenaan.

Beberapa hari lepas, seorang suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.

Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis.

Penasihat PPIM, Tengku Azwil Tengku Abdul Razak,di dalam perkara ini telah meminta Jabatan Insolvensi memberi kelonggaran kepada individu muflis untuk membayar mengikut kemampuan mereka dan tidak perlu sampai ke tahap mereka dipenjarakan dalam tempoh lama.

Friday, 28 October 2011

KOPERASI PUN BOLEH BANKRAPKAN ORANG

baru-baru ini saya sudah settle kes saya melalui AKPK untuk pinjaman peribadi dari bank. Jadi AKPK telah luluskan untuk menstrukturkan pinjaman selama 10tahun.

tetapi saya ada satu lagi masalah. Saya pernah pinjam dengan koperasi KOWAJA. intrest mmg tinggi. saya tidak bayar selama 16 bulan. kerana saya kehilangan pekerjaan.

saya disuruh pihak peguam koperasi tersebut untuk bayar hutang sebanyak 25%. tetapi saya tidak dapat bayar kerana saya tidak ada wang simpanan.

lepas tu dia cakap kalau tak bayar, kamu akan diambil tindakkan makamah dan makamah akan keluarkan waran untuk sitakan harta benda.
saya pun dah biggung dengan perkara tersebut.

bibiana

MUFLIS OLEH PERBANKAN ISLAM

Saya telah membeli sebuah rumah dalam tahun 1996 dan dibiayai melalui pembiayaan Perbankan Islam BBA. Rumah tersebut terbengkalai sehingga kini dan hampir mustahil untuk dipulihkan.
Harga jualan kepada bank ialah RM95K (pinjaman) dan harga beli ialah RM237K dibayar secara tertangguh utk 25 tahun. Oleh kerana terbengkalai bank hanya telah bayar kepada pemaju RM40K. Manakala saya bayar kepada bank sebahagian daripada bayaran bulanan selama 7 1/2 tahun berjumlah RM32K.

Rundingan demi rundingan dengan bank, penyelesaian tidak diperoleh .. semua proposal ditolak. Terasa sangat dibuli oleh bank

Akhirnya pada awal bulan Okt. 2011, bank telah memfailkan notis saman. Awal bulan Nov. nanti saya kena hadir untuk sebutan kes. Bank tuntut RM213K untuk saya bayar (belum masuk kos-kos guaman). Melalui carian kes-kes di internet, nampaknya tidak berpihak kepada peminjam.

Jadi… rasa-rasanya saya akan dimufliskan ….. Niat dihati untuk bermuamalat mengikut syariah Islam … akhirnya menjadi mangsa kepada sistem Perbankan Islam yang rasanya belum matang bagi kes-kes terbengkalai. Jumlah terhutang tak logik langsung …hanya perpandukan kepada perjanjian yang telah dipersetujui masa memohon pembiayaan.

Zek

HUTANG KREDIT

Assalam tuan,saya ada masaalah dgn bank,ada satu bank ni dah datang rumah dah untuk sita barang dalam rumah saya kerana tak bayar hutang kad kredit,kerana saya tak pergi ke mahkamah haritu jadi bank kata ada hak utk sita barang2 saya,betul ke?

Masaalah kedua, bila di jumlahkan semua hutang kad kredit dan personal loan dah melebihi rm30ribu,jadi saya pergi ke jab insolvensi ni,mereka nasihatkan saya bankrupkan diri sendiri jika saya tak mampu bayar,dan mereka meminta wang sebanyak rm1500 utk mulakan file saya,adakah prosuder ini betul?

Masaalah ketiga,bagaimana dgn rumah saya,masih berhutang dgn bank,nama rumah berdua dgn isteri,jika rumah dilelong,dimana kami nak tinggal,payment utk rumah takda masaalah,saya tetap membayar tiap bulan.

mohd shahie

KES MAUJI

Selepas diberhenti kerja akibat reccession 1999, saya diajak 2 org(Ah Chong dan Ah Keong-nama samaran) untuk buka syarikat enterprise construction sekitar tahun 2000. Walaubgmana pun Ah Keong tidak memasuki namanya dlm syarikat tapi dia yg menguasai syarikat dan pemegang akaun. Urusan perniagaan, keluar masuk duit dan pemberian cek diuruskan oleh dia.

Selepas beberapa bulan saya dpt surat minta bayaran dr pembekal. Bila saya hubungi Ah Keong-dia kata akan uruskan.Tetapi selepas beberapa bulan berlalu hutang yg rm14000 sudah meningkat kpd lebih rm50000. Selepas dihubungi lagi Ah Keong masih kata dia akan settle hutang.
Setelah surat peguam drp pembekal keluar menunjukan hutang sudah mencapai >rm150000 pd 2002, saya pun guna khidmat peguam untuk menguruskan masaalah ini.
Perkara ini didiamkan sehinnga tahun 2007 apabila saya nak buka akaun untuk gaji saya, bank beritahu saya telah diisytihar bankrap pada 2003.

Soalan saya;
1.Oleh kerana masaalah ini timbul akibat penipuan, ada atau tidak ruang dilm peruntukan Jab. Insov. utk menolong org yg menanggung beban hutang ini-samaada menketepikan notis kebankrapan atau mengurangkan jumlah tersebut.
2. Memandangkan pemilik syarikat yg disenaraikan adalah 2 org, blh atau tidak jumlah tanggungan tersebut dibahagi
mengikut kuantum pemegang saham
3.Boleh atau tidak Jab. Insov. meminta penuntut hutang mengurangkan jumlah yg dituntut disebabkan faedah yg terlalu tinggi dikenakan(dari rm 14,000 kepada 160,000+)
4. Adakah pemiutang jika umur sudah melebihi umur yg produktif iaitu sepatutnya bersara(57tahun) boleh dikecualikan dari tindakan lazim kebankrapan atau boleh memohon kepada Jab Insov. tersebut untuk dilepaskan dari tindakan kebankrapan secara terus.


mauji
09/09/2011 at 4:26 pm

Peminjam Muflis , Penjamin Ikut Sama

Pada tahun 1997 , kawan saya  membuat pinjaman [b]Tabung Usahawan Belia dari Kementerian Belia Dan Sukan[/b]  dalam bidang Komputer . Projek tersebut di kenali sebagai IT Base yang menawarkan pinjaman dalam bentuk komputer sebanyak RM 50,000 kepada 200 usahawan belia termasuk di Sabah dan Sarawak .

Pada peringkat awal peminjam tidak memerlukan penjamin atau cagaran kerana kesedian Credit Guarantee Corporatiion menjadi pinjaminnya .

Penjamin hanya dikenakan faedah sebanyak 2 % sahaja tanpa menjelas samada 2% atas nilai BLR atau 2% nilai bersih kepada Bank Simpanan Nasional  Commercial .   Manakala di Sabah dan Sarawak peminjam hanya membayar kepada Kementerian Belia yang berdekatan dan bukan kepada pehak Bank . Manakala yang tak bayar sesen  pun tiada apa2 tindakan .

Tetapi selang 2 tahun tahun kemudian yakni tahun 1999 , BSN Commersial dan di gantikan kepada pehak Affin Bank . Nalangnya selepas diambil alih oleh Affin Bank , petugas yang sama ( walau pun nama bank sudah bertukar ) meminta kepada kawan saya tadi agar mencari penjamin dengan alasan CGC tak cukup kuat dana untuk menjamin .

Yang agak menghairankan tidak semua peminjam dikenakan tindakan mencari penjamin cuma hanya segelintir pehak yang tetentu sahaja . Maka kawan saya meminta jasa baik dari saya untuk menjamin pinjamannya dengan pehak Affin Bank .

Oleh kerana memikirkan pinjaman di bawah CGC maka saya pun bersetuju untuk memjaminnya selain daripada jaminan CGC .

Malangnya oleh kerana kemerosotan ekonomi kawan saya menutup perniagaannya pada tahun 2007 dengan baki hutang sekitar anggaran RM 25 ribu hingga RM 30 ribu . Tetapi pehak Affin Bank mendakwa atas yuran guaman dan baki faedah 2% atas BLR jumlah pinjaman sekitar RM 60 ribu hingga RM 75 ribu .

Maka kawan saya pun di isytiharkan Bangkrap pada tahun 2007 dengan jumlah pinjaman berkisar RM 45 ribu seperti mana yang di tetapkan oleh pehak Insolvensi . Saya sebagai penjamin tidak dikenakan apa2 sebarang tindakan. Maknanya hanya peminjam yang dikenakan tindakan .

Tetapi pada tahun 2010 pehak Affin Bank menghubungi saya supaya menjelaskan hutang yang gagal di bayar oleh peminjam yang berjumlah hampir RM 70 ribu termasuk faedah atas BLR 3%  sedangkan pada peringkat awal di tetapkan hanya 2%.

Maka saya pun menjelaskan mengapa selepas tindakan muflis pada peminjam baru pehak Affin Bank hendak memerangkap kepada pehak penjamin ?  Bukankah lebih baik jika pada awal pendakwaan kedua2 pehak penjamin dan peminjam di kenakan dakwaan ? Masing2 boleh berkongsi hutang sekitar RM 22, 500 sahaja ( RM 45 ribu di bahagi dua )

Nescaya tiada siapa pun yang muflis . Tetapi pehak Affin sanggup berlaku kejam dengan memufliskan peminjam dahulu dan selepas 3 tahun peminjam dikenakan muflis mereka hendak memuflskan pehak penjamin pulak . Bukankah ini suatu tindakan yang kejam ?

Dimana sistem keadilan mengikut pperkongsian  pinjaman antara peminjam dengan penjamin ? Maka pehak Bank melalui peguamnya hanya menyatakan ini adalah presedur mengutip hutang dari siberhutang . Soal adil atau tidak adalah perkara nombor 2  , yang penting dapat kutip balik semula hutang walau pun bukan duit dari pehak Bank tetapi dari Dana Kerajaan


- CARI Malay Forums's Archiver -

Rumah tak siap, pembeli muflis

KLANG: “Kami nak rumah yang dijanjikan...jangan tahu minta duit kami saja, tetapi pembinaan tak dijalankan.” Itu rayuan 16 pembeli rumah berkembar satu tingkat di Jalan Kopi, Meru, di sini, yang terbengkalai sejak sekian lama.
Difahamkan, projek perumahan itu mula dibuka untuk jualan sejak 2003 dan hanya terdapat 24 unit yang dijual, namun sehingga kini terbengkalai dan tiada tanda-tanda bakal siap dalam masa terdekat.

Berikutan usaha sebelum ini tiada penyelesaian, pembeli rumah berkenaan sepakat mengadu permasalahan mereka di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shah Alam, semalam. Bahrin Yunos, 42, berkata syarikat pemaju seolah-olah lepas tangan terhadap projek perumahan yang terlalu lama terbengkalai dan tidak memberi respons menyenangkan kepada pembeli yang masih menunggu keputusan status rumah mereka.
Lebih malang, selepas dia dan rakan pembeli lain merujuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan negeri, mereka mendapati pemaju yang mengendali projek perumahan itu tidak berlesen.

“Saya sudah cuba banyak kali menghubungi pemaju, tetapi tidak pernah mendapat jawapan positif, malah diberi janji palsu berulang kali,” katanya.

Ada di kalangan pembeli rumah itu diisytihar muflis akibat gagal menjelaskan hutang mencecah hampir RM300,000 walaupun sudah memberi penjelasan kepada pihak bank bahawa projek perumahan terbabit terbengkalai.

“Pihak bank sudah membuat bayaran sehingga 95 peratus kepada pemaju, tetapi jika dilihat kepada proses pembinaan kurang daripada 70 peratus bahagian yang siap dibina. Sampai bila lagi kami perlu tunggu?,” katanya.

Syanie, 200 pembeli putih mata

KUALA LUMPUR: “Sepatutnya rumah itu menjadi hadiah perkahwinan yang paling istimewa buat saya. Tapi sehingga kini, angan-angan mendudukinya tidak menjadi kenyataan kerana ia terbengkalai sejak 15 tahun lalu,” kata pelakon, Syaniza Hisham atau Syanie.
Kata-katanya merujuk kepada seunit Kondominium Mas Kiara di pinggir ibu negara dihadiahkan ibunya, Ruhanie Abdul Rahman sempena perkahwinannya pada 1996.

Syanie berkata, kondominium berharga lebih RM170,000 itu dibeli pada 1995 dan sepatutnya boleh diduduki pada 1999, namun ia terbengkalai dan bertukar pemaju mengakibatkan lebih 200 pembeli terpaksa berputih mata.
Menurutnya, dia dan pembeli lain membayar lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan dan masalah perumahan itu bermula selepas satu jawatankuasa pembeli menyedari wujudnya aktiviti pembinaan semula kondominium itu sekitar 2001.

“Menerusi jawatankuasa pembeli, kami memantau perkembangan terbabit sehinggalah pemaju diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pada masa sama, pemilik tanah melantik pemaju baru dengan menandatangani satu perjanjian utama untuk membina semula projek terbabit.

“Pada 2006, syarikat likuidasi mendesak pembeli mengemukakan dokumen asal pembelian seperti perjanjian jual beli, resit rasmi dan bil progresif untuk menentukan pembeli asal serta bayaran kepada pemaju terdahulu,” katanya dalam sidang media bersama jawatankuasa penduduk dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.

Katanya, mereka terkejut apabila terpaksa membayar tambahan berjumlah hampir RM40,000 dan akujanji untuk menandatangani perjanjian baru dengan pemaju terkini.

Semua harta disita Air Mata Jutawan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 tahun lalu, dia layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kerana mampu memiliki kilang sendiri, namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami.
Wanita itu pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.
Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sofia, 40, berkata sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.


“Saya kerap menjadi mangsa maki hamun dan dipukul suami yang panas baran, namun saya bersabar serta tetap bekerja keras membaiki taraf hidup dan membesarkan anak-anak.

“Walaupun suami saya itu seorang yang pemarah, namun dari sudut keusahawanan dia memiliki jaringan perniagaan yang luas sehingga kami berdua mampu membina karier serta memiliki kilang sendiri,” katanya

Oleh Muhd Izawan Baharin, Mior Azlan Kamarulbaid dan Sharifah Norfaezah Wan Ahmad Makki Mashor
am@hmetro.com.my

'Saya dah buntu'

SHAH ALAM: “Sudah hampir lima tahun saya naik turun macam-macam jabatan dan jumpa macam-macam orang atasan untuk selesaikan kes ni. Kes tak juga selesai malah saya dihimpit macam-macam masalah.
“Saya sudah penat dan tak tahu nak buat apa lagi,” kata, Zilah Mahmood, 33, yang mendakwa identitinya dipergunakan pihak tertentu untuk tujuan pembelian dua kenderaan.

Katanya, namanya digunakan pihak tidak bertanggungjawab sejak lebih tujuh tahun lalu bagi pembelian kereta Kia Spectra dan Proton Wira di dua institusi perbankan terkemuka di negara ini namun hanya disedarinya kira-kira lima tahun lalu.
Katanya, keadaan bertambah teruk apabila dirinya diisytiharkan muflis oleh institusi perbankan terbabit yang mendakwa dirinya gagal melunaskan hutang pinjaman pembelian kereta Proton Wira berjumlah hampir RM40,000.

“Semuanya bermula pada 2006 apabila tiba-tiba saya dapat surat kompaun letak kereta dikeluarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

“Nama tertera pada surat itu memang nama saya tapi masalahnya kereta Kia Spectra itu bukan saya punya. Saya bukan setakat tak ada kereta, lesen kereta pun tak ada pada masa itu malah tak tahu memandu pun.

“Dari situ saya mula tahu ada orang gunakan nama saya dan saya sudah pergi ke macam-macam jabatan dan biro untuk mengesan siapa dalang di sebalik semua ini tetapi semua pihak seakan-akan tidak mahu membantu,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, semalam.

Zilah berkata, ketika dia sedang berusaha mendapatkan bantuan guaman untuk menyelesaikan kes berkenaan, bank terbabit tiba-tiba menghantar surat meminta dia menjelaskan hutang pinjaman kereta Kia Spectra terbabit bernilai kira-kira RM70,000 atau dia akan diisytiharkan muflis.
Katanya, sejurus kemudian, dia pergi ke Bank Negara untuk memeriksa status muflisnya selain meminta pihak Bank Negara mengambil tindakan terhadap bank terbabit.

“Alangkah terkejutnya saya apabila saya dimaklumkan saya sudah pun dimufliskan oleh sebuah bank lain, bukan bank yang sedang saya selesaikan kesnya. “Saya pun segera ke bank yang dimaksudkan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dan sekali lagi nama saya digunakan oleh pihak tertentu untuk pembelian kereta jenis Proton Wira.

“Mana mungkin saya mampu memiliki dua kereta pada satu masa sedangkan gaji saya pun tidak sampai RM1,000 sebulan. Saya pun pelik macam mana dua bank ini boleh meluluskan pinjaman kenderaan sedangkan saya tuan punya badan tak tahu apa-apa malah tandatangan yang ada dalam dokumen perjanjian juga bukan kepunyaan saya. “Saya harap masalah ini dapat segera diselesaikan dan pihak bertanggungjawab tolonglah ambil tindakan. Saya mahu pihak bersalah dihadap ke muka pengadilan dengan segera,” katanya.

Segala prosedur sudah dilakukan bagi membersihkan namanya daripada pengisytiharan muflis malah laporan polis juga dilakukannya hampir 10 kali sepanjang lima tahun ini namun layanan diterima daripada pihak berkaitan amat menyedihkan.

Zilah ketika ditemui turut memberitahu dia pernah kehilangan kad pengenalan pada 2001 yang mungkin salah satu faktor namanya digunakan bagi pinjaman kenderaan terbabit.

Zilah yang sudah bercerai dengan isterinya menganggap kes itu turut menjadi faktor perceraiannya dan harap perhubungannya dengan isteri dapat dipulihkan selepas kes itu selesai.

Penyebab itu berdasarkan maklumat pihak bank yang memberitahu penjamin bagi pembelian kereta jenis Kia Spectra juga pernah mengadu dia tidak pernah menjamin kenderaan terbabit serta pernah kehilangan kad pengenalan.

Zilah yang sudah bercerai dengan isterinya menganggap kes itu turut menjadi faktor perceraiannya dan harap perhubungannya dengan isteri dapat dipulihkan selepas kes berkenaan selesai.

Oleh Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

Kurang RM150. Masuk Penjara

GEORGETOWN: Sikap degil Suradi Daruis, 43, yang mengambil mudah dan tidak membayar hutang seperti dipersetujuinya sendiri menyebabkannya terpaksa meringkuk dalam penjara kerana melanggar perintah mahkamah.
Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata Suradi sepatutnya membayar RM50 sebulan kerana dia diisytiharkan muflis selepas gagal melunaskan pinjaman kereta RM38,854.86 sejak 2002.

“Bagaimanapun, dia gagal membayar dan tindakannya itu menyebabkan dia dipenjara kerana menghina mahkamah,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Pengarah-Pengarah MdI di sebuah hotel, di sini, semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang suri rumah, Rosnah Mohd Sailan, 43, terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjara sebulan kerana melanggar perintah mahkamah supaya membayar RM50 sebulan selepas dia diisytihar muflis kerana gagal membayar ansuran bulanan.

Wanita dari Kampung Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam, bimbang suaminya dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya sebagai bekas banduan dan muflis.

Abdul Karim berkata, Suradi diisytihar muflis kerana gagal membayar tunggakan keretanya hingga menyebabkan institutsi kewangan yang memberi pinjaman sewa beli memfailkan tuntutan.

“MdI kemudian menghantar surat kepadanya pada 25 Julai 2003 dan dia hanya datang ke pejabat kami setahun selepas itu. “Kami membuat sesi temubual bersamanya dan dia memberitahu bekerja sebagai penyelia dengan pendapatan kira-kira RM2,500 sebulan.

“Selepas berbincang, dia bersetuju membayar RM50 sebulan dan keputusan itu dipersetujui mahkamah namun Suradi gagal melaksanakan janjinya dan tidak membayar,” katanya.
Menurutnya, pada November 2004, mereka sekali lagi mengadakan pertemuan dan Suradi bersetuju membayar ansuran bulanan seperti dijanjikannya.

“Bagaimanapun, dia mengulangi perbuatan sama apabila langsung tidak membayar ansuran bulanan sehinggalah MdI menghantar petisyen menggunakan surat berdaftar pada 22 Mei 2008 dan surat sama diberikan sendiri kepada isterinya seminggu selepas itu.

“Namun hasilnya tetap sama hinggalah kami mengeluarkan notis tunggakan berjumlah RM4,100 dan dia juga tidak membayar tunggakan itu sebelum diminta hadir ke mahkamah pada 15 Disember 2010,” katanya.

Menurutnya, Suradi gagal hadir ke mahkamah dan tindakannya itu memaksa mahkamah mengeluarkan waran tangkap pada 10 Februari lalu dan dia hadir ke mahkamah 30 Jun lalu sebelum meminta penangguhan selama sebulan.

“Dia kemudian membayar RM3,000 daripada tunggakan ansurannya pada 28 Julai lalu sebelum membayar baki RM1,000 sebulan selepas itu namun jumlah yang dibayar itu kurang RM150.

“Tindakannya yang gagal membayar baki terbabit menyebabkan dia dipenjara kerana menghina mahkamah.

Menurutnya, MdI tidak zalim seperti yang dikatakan beberapa pihak sebelum ini kerana tugas mereka adalah memberi keadilan kepada si pemiutang dan individu ya

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Sultan tarik gelaran Kong Choy

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk kepada Tan Sri Chan Kong Choy berikutan tiga pertuduhan yang dihadapi bekas Menteri Pengangkutan itu di Mahkamah Sesyen Putrajaya.

Baginda turut menarik balik gelaran Datuk yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara (JIN) pada 29 Oktober tahun lalu.

Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi dalam satu kenyataan berkata, Sultan Selangor berkenan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor.

Bakal Muflis akibat tidak faham

KUALA LUMPUR: “Pengguna tidak faham dengan produk perbankan dan insurans antara punca utama mereka terbelenggu dengan lambakan hutang di kemudian hari,” kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman.
Katanya, mereka yang tergolong antara usia 35 hingga 45 tahun muflis kerana diselubungi isu kewangan berkaitan kad kredit dan kebanyakan produk perbankan termasuk insurans.

“Ada antara mereka berbelanja secara tidak berhemah dan tidak tahu menguruskan kewangan dengan baik. Antara punca muflis faktor menyelesaikan kos perkhidmatan lain seperti kos rawatan perubatan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai golongan muda yang banyak diisytiharkan muflis kerana terperangkap hutang kad kredit seperti dilaporkan Harian Metro baru-baru ini.

Menurutnya, ada sesetengah kes kecemasan membabitkan perbelanjaan besar tidak ditanggung sepenuhnya syarikat insurans dan kad kredit pilihan bagi kebanyakan pengguna bagi mengelakkan pinjaman pihak tidak bertauliah seperti along.

“Semua pihak kena faham mereka perlu mempunyai simpanan setiap bulan bagi kes kecemasan atau perkara tidak dijangka kerana ia tidak dinafikan menjadi punca masalah kewangan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kini syarat memiliki kad kredit masih longgar kerana sesiapa saja mampu menjadi pemegang kad terbabit.

Menurutnya, kebanyakan bank tidak mementingkan pendidikan perbankan berkaitan produk mereka serta cara penyelesaian kewangan pelanggan kerana tidak menganggap mereka sebagai aset tetapi hanya melihat keuntungan dan komisyen daripada jumlah pelanggan ramai serta mementingkan pemasaran semata-mata.
Mereka ditawarkan pelbagai jenis kad kredit mampu mengurangkan perbelanjaan tetapi sebaliknya berlaku.

Pengarah syarikat didakwa kerana kesalahan mengikut Akta Syarikat

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Baharu membabitkan dua kesalahan mengikut Akta Syarikat 1965, kata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menyebut Baharudin Jaaffar didakwa semalam mengikut Seksyen 125 (1) akta berkenaan kerana bertindak sebagai pengarah Asofat (M) Sdn Bhd antara 16 Disember dan 24 Disember, 2008 ketika masih seorang yang diisytiharkan muflis.

Tuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya sekali.
Baharudin turut didakwa mengikut Seksyen 364(2) akta berkenaan kerana mengisi dan mengemukakan pengisytiharan palsu dalam Borang 48A.

"Dia membuat pengisytiharan palsu bahawa dia bukanlah seorang yang muflis meskipun hakikatnya bahawa pada masa itu dia adalah seorang yang telah pun diisytiharkan muflis," menurut kenyataan itu.

Tuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Baharudin mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad membebaskan tertuduh dengan jaminan RM5,000 dan seorang penjamin.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 9 Januari depan.-Bernama

449 muflis kerana kad kredit

BERDASARKAN statistik dikumpul pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.
Timbalan Mentri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, lebih separuh daripada individu muflis akibat hutang kad kredit dalam tempoh tiga tahun lalu adalah individu berusia lebih 45 tahun, bermakna tanggapan bahawa golongan muda yang terbanyak menjadi muflis adalah tidak benar.

“Pada 2009, bilangan individu diisytiharkan muflis disebabkan hutang kad kredit adalah sebanyak 0.01 peratus atau 405 orang daripada 3.2 juta pemegang kad kredit utama dan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, bilangan individu muflis kekal pada kadar sama iaitu 449 orang daripada 3.2 juta orang.
“Bank Negara Malaysia (BNM) sentiasa memantau dan memastikan tahap penggunaan kad kredit berhemat dan terkawal dengan memperkenalkan Garis Panduan Kad Kredit yang memberikan perlindungan kepada pengguna serta pendidikan mengenai penggunaan kad kredit.

“Sebagai contoh, Garis Panduan Kad Kredit memerlukan pengeluar kad kredit membuat rujukan kepada Sistem Maklumat Pusat Rujukan Kredit (CCRIS), iaitu sistem yang dilengkapi maklumat kredit peminjam yang komprehensif untuk menilai kedudukan kewangan si pemohon,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, proses menerusi CCRIS membantu pengeluar kad kredit menilai risiko keberhutangan si pemohon sebelum meluluskan atau menolak permohonan terbabit.

Bantu ahli bankrap

PUTRAJAYA: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) diminta mencari jalan membantu pegawai dan kakitangan kerajaan serta ahli koperasi yang diisytiharkan bankrap oleh pihak bank ekoran hutang kad kredit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi membantu penghutang yang terpaksa menanggung beban dan hutang yang banyak selepas muflis. Katanya, langkah itu juga satu daripada peranan Angkasa sebagai badan koperasi yang bertanggungjawab melindungi ahli koperasi sekiranya menghadapi masalah kewangan.

“Melalui Koperasi Pembayaran Syariah Angkasa (Kopsa), mereka boleh membantu mereka yang dibelenggu hutang dengan mengambil alih hutang mereka.
“Jika mereka tak mampu bayar, bank akan mufliskan mereka sekali gus memberi kesan kepada penghutang itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perkhidmatan Telekomunikasi Mudah Alih my Angkasa, 1 Koperasi 1 Jaringan 1 Komuniti, di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Mohd Ali Baharum.

Projek dengan kerjasama Angkasa dan Samata Communications Sdn Bhd itu, bertujuan melancarkan telekomunikasi mudah alih 3G berkonsepkan teknologi MVNO bagi 8.4 juta ahli koperasi dengan jenama Clixster.

Ismail Sabri berkata, cara itu juga dapat membebaskan kakitangan kerajaan dan ahli koperasi daripada menanggung hutang dengan pihak bank. “Soal nak bayar semula hutang itu akan dibincangkan semula dengan pihak bank. Sekurang-kurangnya, usaha ini dapat menyelamatkan mereka daripada bankrap.

“Kami juga pernah membincangkan perkara ini bersama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi mencari jumlah sebenar kakitangan kerajaan yang menanggung hutang kad kredit,” katanya.

Sementara itu, beliau menggalakkan koperasi mikro bergabung dengan koperasi besar untuk terbabit dalam beberapa sektor berteknologi tinggi dan berskala besar.
Katanya, penggabungan itu dapat mewujudkan modal yang lebih besar dalam usaha menggalakkan koperasi kecil menceburi bidang perniagaan yang mendatangkan keuntungan.


Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my

‘Warisi’ hutang RM300,000

SITIAWAN: Akibat kasihkan suami secara berlebihan, seorang wanita dan lapan anaknya merana apabila ‘diburu’ pihak bank gara-gara kegagalannya membayar hutang berjumlah RM300,000.
Mangsa, Raja Zaharina Raja Azhar Shah, 45, berkata, kehidupannya menjadi cukup sukar sehingga bekalan elektrik di rumah terpaksa dipotong gara-gara tidak dapat membayar bil elektrik sejak enam bulan lalu.

“Selepas diisytiharkan bankrap dua tahun lalu, saya terpaksa menanggung hutang hampir RM300,000 yang dibuat bekas suami melalui syarikat milik kami, tetapi menggunakan nama saya ketika kami masih bergelar suami isteri.
“Tetapi saya bersyukur kerana selepas naik turun mahkamah dan atas budi bicara Jabatan Insolvensi, saya hanya perlu membayar RM30 setiap bulan untuk mengelak tindakan lebih berat,” katanya.

Namun, apa yang mengecewakan Raja Zaharina ialah sikap tidak acuh serta lepas tangan bekas suaminya itu dalam memberikan nafkah kepada lapan anak mereka serta perjanjian membayar bil elektrik dan air rumah diduduki mereka dekat sini.

Menurutnya, segala-galanya bermula pada 2006 selepas bekas suaminya yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), bersara daripada perkhidmatan.

Ketika itu, sikap bekas suaminya berubah dan pelbagai masalah mula timbul sehingga bekas suami langsung tidak boleh berbincang apabila setiap perbincangan berakhir dengan pertengkaran sehingga pasangan ini bercerai pada 9 Ogos 2007.

Wanita yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu berkata, biasanya dia atau anak-anak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada bekas suami untuk meminta wang perbelanjaan.
“Walaupun sudah bercerai, saya harap beliau dapat bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya dulu dan tidak meletakkan beban di bahu saya seterusnya membantu meringankan beban hutang kerana saya yakin beliau berkemampuan untuk menjelaskannya,” katanya.

Menurutnya, sejak diisytiharkan bankrap, dia terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti pembantu tukang masak, menolong rakan berniaga di pasar malam dan apa saja kerja halal demi memastikan mempunyai wang setiap hari untuk menanggung perbelanjaan harian.

“Bagi saya, perkara paling penting adalah memastikan anak-anak yang masih bersekolah dengan seorang daripadanya menuntut di sebuah kolej mempunyai duit belanja” katanya.

Raja Zaharina berkata, dia lapan beranak hampir merayakan Aidilfitri lalu dalam keadaan bergelap selepas bekalan elektrik rumah mereka dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, dia terkejut kerana mengikut perjanjian bil air dan elektrik rumahnya dibayar bekas suami selain nafkah anak sebanyak RM200 setiap seorang.

“Sudahlah nafkah anak sering tertunggak dan tertangguh, selepas bekalan elektrik dipotong, baru saya mendapat tahu bekas suami langsung tidak membayar bil elektrik sejak awal tahun ini.

“Ketika itu hanya seminggu saja lagi menjelang Aidilfitri menyebabkan saya tiada pilihan selain mengadu mengenainya kepada Menteri Besar Perak,” katanya. Simpati dengan nasib menimpa ibu tunggal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sendiri campur tangan dan menyelesaikan tunggakan bil elektrik bagi membolehkan penyambungan semula dilakukan.

Oleh Kasdi Ali
am@hmetro.com.my

80% penjawat awam dibelenggu hutang

PUTRAJAYA: Lebih 80 peratus penjawat awam dibelenggu dengan hutang disebabkan gagal mengurus kewangan secara bijak terutama apabila keinginan melebihi kemampuan, ditambah kemudahan pembiayaan yang terlalu longgar.
Malah, ramai di kalangan mereka mengalami krisis kewangan yang lebih teruk sehingga jatuh bankrap, sekali gus menghadapi risiko hilang pekerjaan dan kelayakan mendapat bayaran pencen. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Datuk Omar Osman (gambar), berkata masalah itu disebabkan penjawat awam mudah mendapatkan pinjaman hingga mendatangkan masalah.

Menurutnya, memang ramai bersikap seperti itu lebih-lebih lagi apabila mendapati dirinya layak mendapat pinjaman.
“Beli kereta pun zero deposit pada penjawat awam. Ini sesiapa pun nak beli.

“Kadang-kadang ada yang menjadi penjamin kepada kawan yang hendak berniaga, sebab penjawat awam ini kalau jadi penjamin memang laku, tak kira gaji berapa, asalkan penjawat awam, boleh. “Kawan pula tak boleh buat apa-apa, perniagaan tak jalan, dia pun hilang dan yang menjadi mangsa penjamin, tak boleh lari,” katanya, kepada pemberita selepas majlis perasmian Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Kebankrapan dan Bantuan Guaman di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Berdasarkan laporan Jabatan Insolvensi ada seramai 1,086 penjawat awam bankrap pada 2009, dengan lebih 70 peratus adalah lelaki.

Omar berkata, angka berkenaan tinggi di kalangan penjawat awam, malah sepatutnya tidak berlaku kes seumpama itu.
“Kita nasihatkan penjawat awam kalau boleh kena tengoklah pendapatan bulanan kita dan berbelanja dengan kebijaksanaan.

“Janganlah sampai menghuru-harakan keluarga kita bila berlaku bankrap, berlaku perkara yang tidak diingini, kerana ini yang menjadi masalah.

“Nanti produktiviti, prestasi dan integriti mereka akan terjejas, kerana masalah kewangan boleh menyebabkan masalah lain,” katanya.

Mymetro

Jel 2 minggu kerana RM50

KUALA LUMPUR: Kegagalan seorang lelaki muflis membayar RM50 kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) seperti diperintahkan mahkamah bagi membebaskan dirinya daripada status bankrap mengundang padah apabila dia dipenjara dua minggu.

Badrol Hisham Salleh, 54, dijatuhi hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis, Jumaat lalu membenarkan permohonan komital di bawah Seksyen 91(2) Akta Kebankrapan 1967 oleh MdI cawangan Perlis terhadap tertuduh kerana ingkar membayar ansuran bulanan seperti diperintahkan. MdI dalam satu kenyataan berkata, Badrol Hisham dijatuhkan perintah bankrap pada 28 Disember 1999 dan hadir di MdI Perlis pada 15 Julai 2010.

My Metro 

1,086 penjawat awam bankrap dan berhutang

MyMetro

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.
Beliau berkata pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.
"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah
hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas
dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib," katanya ketika merasmikan
Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan
Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Seramai 1.2 juta penjawat awam di negara ini, terutama mereka yang berpendapatan sederhana iaitu RM3,500 ke bawah, digesa supaya lebih bijak dalam mengurus kewangan masing-masing agar tidak dibebani hutang, seterusnya diisytihar bankrap.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
Datuk Omar Osman berkata pendedahan bahawa seramai 1,086 penjawat kerajaan
diisytihar bankrap dianggap sebagai angka yang tinggi dan tidak sepatutnya
berlaku.

Omar berkata pada masa ini 80 peratus daripada penjawat awam mempunyai
pelbagai jenis hutang, termasuk dari bank mahupun koperasi, dan ia dipercayai
didorong oleh kebolehan mendapatkan pinjaman dengan mudah melalui status sebagai
penjawat awam.

CTOS diarah bayar RM200,000

Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memerintahkan Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memberi maklumat kredit yang tidak tepat kepada dua bank sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan difitnah.
Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid mengarahkan syarikat itu membayar ganti rugi tersebut dengan faedah sebanyak lapan peratus mulai hari ini (semalam) sehingga penyelesaian seluruh jumlah penghakiman kepada Shafie Abdul Rahman, 55 (plaintif).

Shafie memfailkan saman itu pada 2006 selepas CTOS menyalurkan maklumat rujukan kredit kepada Affin Bank Bhd dan Bumiputera Commerce Bhd bahawa Shafie adalah seorang muflis.
Berikutan maklumat itu, Shafie gagal mendapatkan pinjaman untuk membeli sebuah apartmen walaupun beberapa kali menegaskan dia bukan muflis seperti yang dinyatakan. Katanya, isu muflis itu timbul apabila RHB Bank secara tidak sengaja memohon perintah bankrap terhadapnya dan akibat daripada itu notis dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu serta disiarkan dalam akhbar pada 17 Januari 2003.

Bagaimanapun selepas menyedari kesilapannya, bank itu segera memohon maaf kepadanya dan menarik balik perintah bankrap itu.

Menurut Shafie dia tidak pernah diisytiharkan muflis tetapi CTOS mengutip maklumat daripada notis bankrap awal yang memberi gambaran seolah-olah dia tidak layak menjadi peminjam.

Sementara itu, dalam pembelaannya, CTOS berkata maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya, yang kebanyakannya institusi kewangan, hanya sebagai bahan rujukan.

CTOS berkata pelanggan mereka dinasihatkan supaya menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

'Rayu PM’

“Saya merayu Perdana Menteri membantu kami, saya mengaku memang salah saya tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada wang,” kata Rosnah Mohd Sailan, 43, selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjara kerana gagal membayar RM100 sebulan seperti diperintahkan mahkamah bagi membebaskan diri daripada status muflis. Menurutnya, hukuman penjara itu susulan kegagalan membayar ansuran bulanan sebuah Proton Saga dibeli pada 1994 yang kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

“Setiap malam saya hanya berfikir bagaimana mahu meneruskan kehidupan. Suami dipenjara ketika anak dalam persediaan menduduki peperiksaan malah saya juga berkemungkinan dipenjara,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.

Rosnah berkata, pihak ketiga yang membeli kereta itu juga gagal membayar ansuran mengakibatkan bank melelong kenderaan itu. “Suami diisytiharkan muflis serta diperintahkan membayar RM30,000 manakala saya sebagai penjamin diperintahkan membayar RM34,000.

“Mahkamah memerintahkan kami membayar RM100 sebulan, tetapi bermula Oktober 2004 hingga Jun 2010, kami gagal berbuat demikian sehingga hutang itu tertunggak sebanyak RM3,450,” katanya. Menurutnya, disebabkan tiada kerja tetap, dia dan suami gagal mematuhi perintah itu serta dianggap menghina mahkamah.

“Suami dipenjarakan sejak 27 September lalu dan sejak itu kehidupan saya bertambah sukar kerana perlu mencari duit menampung kehidupan tiga anak yang masih bersekolah,” katanya. Sementara itu, Dr Maamor berkata, PPIM memandang serius perkara itu dan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan selain mencari saluran perundangan membantu Rosnah dan keluarganya./hmetro


Rayu bebas suami muflis dari penjara

syedazwan@bharian.com.my
2011/10/17

ROSNAH bersama tiga anaknya melihat gambar Suradi di rumahnya di Kampung Bukit Naga, semalam.
Lelaki gagal bayar tunggakan ansuran kereta RM100 sebulan

KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.
Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis.
“Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.

Sehubungan itu, katanya, beliau sudah mengemukakan rayuan menerusi peguam pada 30 September lalu terhadap sabitan yang dibuat ke atas suaminya mengikut seksyen 91(2) Akta Kebangkrapan 1967.

Suradi seorang pekerja gudang berstatus muflis, mengaku bersalah kerana melanggar perintah mahkamah pada 4 Mac 2005 kerana gagal membayar RM100 sebulan (termasuk RM50 bagi bayaran isterinya) dari Oktober 2004 hingga Jun 2010 sebanyak RM3,450.

Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.
Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank.

“Jabatan Insolvensi Selangor mengarahkan mereka membayar RM100 sebulan sehingga selesai, namun Suradi gagal menjelaskan bayaran itu menyebabkan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mei lalu dan dia diarah membayar tunggakan berkenaan atau dipenjarakan.

“Suami saya meminjam dengan banyak pihak, termasuk along, untuk membayar tunggakan itu dan RM4,000 bagi bayaran sehingga Mei 2011 selain membayar RM2,050 baginya yang tidak bekerja, namun dia tetap dipenjarakan bermula 27 September lalu kerana menghina pihak mahkamah,” katanya.

Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul Razak, meminta Jabatan Insolvensi memberi kelonggaran kepada individu muflis untuk membayar mengikut kemampuan mereka dan tidak perlu sampai ke tahap mereka dipenjarakan dalam tempoh lama.