Friday 28 October 2011

Orang Bankrap Tidak Boleh Lakukan Kerja Sosial

PETALING JAYA 21 Jan 11: Individu yang diisytiharkan bankrap tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan. Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ini kerana ia akan menimbulkan konflik kerana penubuhan persatuan adalah bertujuan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.


“Jika seseorang yang diisytiharkan bankrap itu mempunyai kedudukan atau jawatan di dalam persatuan sudah tentu ia akan menjejaskan integriti dan kepercayaan.
“Kemungkinan si bankrap akan menyalahgunakan kuasa atau pengaruhnya demi kepentingan peribadi,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

“Akta Kebankrapan 1967 tidak membenarkan mereka menjadi pengarah syarikat atau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat terutama hal kewangan kecuali mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi,” katanya.
Tegas beliau, kepentingan itu juga mungkin digunakan bagi mendapatkan sumber kewangan yang membolehkannya menyelesaikan masalah kebankrapan. Antara sekatan lain yang dikenakan individu yang diisytiharkan bankrap seperti tidak dibenarkan ke luar negara atau menjalankan perniagaan. Kira-kira 15,000 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap pada tahun lalu. (mSrtar Online)

No comments:

Post a Comment