Tuesday 18 December 2012

18/12/12-Bela nasib golongan muflis



KUALA LUMPUR: Tampil beri kerjasama dan pandangan cari penyelesaian. Itu peluang menanti mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas daripada belenggu bankrap.
Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda Umno bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.
Menjelaskan perkara itu, Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.
Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.
"Kami mahu mereka tampil memberikan pandangan serta bekerjasama. Hasil maklumat akan dibawa kepada pengetahuan pihak berkuasa. Saya yakin, akta baru memberikan lebih ruang kepada orang bankrap mendapat peluang kedua.
"Difahamkan, hanya 20 peratus saja berjaya dikenal pasti sementara bakinya tidak diketahui," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.
Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.

18/12/12 : Perlu pendapat individu muflis sebelum pinda Akta Kebankrapan



Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mendengar pandangan lebih 240,000 rakyat negara ini yang diisytihar muflis, sebelum melakukan pindaan kepada Akta Kebankrapan 1976.
Sehubungan itu, Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan meminta semua individu yang diisytihar muflis supaya tampil mengemukakan pandangan dan cadangan mereka.
"Kita tidak mahu pindaan itu nanti hanya syok sendiri yang mana pegawai Jabatan Insolvensi berbincang sesama mereka kemudian mengemukakan cadangan kepada kerajaan. Sebaliknya, kita mahu mereka mendengar pandangan individu diisytiharkan muflis.
Banyak kategori muflis
"Individu yang diisytiharkan muflis ada banyak kategori, sebahagian mangsa penipuan, ada diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin dan ada juga disebabkan masalah pembelian rumah. Kumpulan ini perlu diberi perhatian termasuk juga usahawan.
"Pemuda UMNO akan mengumpul cadangan mereka yang muflis sehingga Januari ini melalui media sosial dan forum yang diadakan sebelum mengemukakannya kepada kerajaan," katanya selepas merasmikan Kempen Muflis @ Bankrap: Anda Masih Ada Peluang Kedua di sini, semalam.
Sohaimi juga meminta kerajaan menyemak semua keputusan mahkamah berhubung pengisytiharan muflis bagi memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO lalu mengumumkan bersetuju mengkaji semula peraturan baru berkaitan undang-undang kebankrapan di negara ini.
Cadangan pindaan kepada akta itu dibentangkan Sohaimi mewakili Pemuda UMNO ketika membahaskan usul ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO.
Sementara itu, Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said Kadaied, berkata berdasarkan pengalaman pihaknya ramai anak muda Melayu menganggur kerana diisytiharkan muflis.
"Saya rasa kita perlu beri perhatian kerana sistem kini dilihat lebih mesra kepada pihak bank berbanding rakyat. Di PPIM, kita banyak mendapat kes membabitkan peminjam itu diisytihar muflis kerana ditipu.
"Bahkan ada satu kes, pasangan ini membeli rumah dan pemaju tidak membina rumah berkenaan, lebih dari itu tanah yang dimaksudkan untuk kediaman terbabit adalah jalan raya," katanya.
INFO
Muflis
- Lebih 240,000 diisytihar muflis.
- 50,000 berusia bawah 34 tahun.
- 25.21 peratus pinjaman kereta.
- 13.15 peratus pinjaman persendirian.
- 12.31 peratus pinjaman perumahan.
- 11.26 peratus pinjaman perniagaan.
- 4.9 peratus pinjaman kad kredit.

Monday 5 November 2012

Belanja ikut MAMPU bukan NAFSU

TARIKH : 29/10/12
Perubahan gaya hidup dan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama di bandar besar menyebabkan peningkatan kes muflis sejak beberapa tahun lalu. Sebahagian besar daripada mereka pula adalah generasi muda yang teruja menjalani gaya hidup mewah di kota besar walaupun baru bekerja selepas tamat pengajian di universiti. Justeru, laporan lebih 50,000 orang muda berusia 34 tahun ke bawah yang diisytiharkan muflis dalam tempoh lima tahun lalu bukan sesuatu yang mengejutkan. Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan peningkatan jumlah kes muflis yang didaftar pada kadar 5.5 peratus setahun. Ini tidak termasuk mereka yang meminjam daripada along dan tidak mampu membayar balik pinjaman itu. Kebanyakan orang muda ini dikatakan terperangkap dalam pinjaman yang diambil bagi membeli kereta atau rumah, manakala yang lain menggunakan wang itu untuk tujuan peribadi atau bagi membuka perniagaan. Namun, ada juga yang muflis kerana menjadi mangsa penipuan berikutan butiran peribadi mereka disalah guna oleh peminjam tidak dikenali.

Rekod yang dikumpulkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan daripada 4,568 kes muflis pada suku pertama tahun ini, kira-kira 47 peratus peminjam terdiri daripada Melayu, 34 peratus Cina, sembilan peratus India dan 10 peratus kaum lain. Golongan terbesar pula ialah peminjam dari Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini secara langsung menunjukkan peningkatan kos kehidupan di bandar besar seperti sewa atau harga rumah, kos pengangkutan dan sara hidup lain menyumbang kepada kes muflis. Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat akibat kenaikan harga barangan di seluruh dunia, rata-rata pemastautin kota yang berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 hanya mampu menampung perbelanjaan seisi rumah secara sederhana. Justeru, adalah wajar PPIM dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memantapkan usaha bagi mendidik golongan terbabit mengenai gejala berbelanja di luar kemampuan. AKPK juga wajar memberi khidmat nasihat dan bimbingan berterusan untuk mencari jalan keluar daripada masalah hutang dan kemuflisan. Institusi kewangan sewajarnya berunding dengan peminjam yang menghadapi masalah untuk menjadualkan semula pembayaran. Aspek perundangan juga perlu dipinda supaya mereka yang bermasalah diberi peluang membina hidup baru dan membayar pinjaman, bukan dengan sewenang-wenangnya diisytihar muflis. Apa yang lebih penting, setiap individu harus sedar kedudukan kewangan diri dan berbelanja mengikut keperluan.

MEDIA : BERITA HARIAN
TARIKH : 29/10/12
M/S: 22

Muflis angkara henti bayar aset tak wujud


TARIKH : 3/11/12

Kuala Lumpur: Enggan membayar untuk pembelian aset tidak wujud antara punca sesetengah individu diisytihar muflis, sekali gus menunjukkan ada kelemahan dalam Akta Kebankrapan 1967.
Akta berkenaan tidak mempunyai peruntukan untuk menimbangkan kes tertentu membabitkan defendan yang ditipu.
Antara mangsa kes sedemikian ialah Suhaimi Hassan, 52, yang tidak pernah menyangka keputusannya membeli rumah sebagai hadiah hari lahir isteri, Halimah Desa, 45, berakhir dengan mereka diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua tahun lalu.
Ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, Suhaimi berkata, beliau membeli rumah berharga RM40,180 melalui projek milik sebuah anak syarikat kerajaan Selangor yang dibangunkan sebuah syarikat pemaju di Batang Kali pada 1997 dan membuat pinjaman bank sebanyak RM32,998.
Bank jelas bayaran rumah
"Pada 2000, saya menerima surat daripada bank meminta datang mengambil kunci kerana bank sudah menjelaskan keseluruhan harga rumah.
"Namun, apabila saya ke pejabat anak syarikat kerajaan negeri itu, pegawai bertugas mengambil surat pemberitahuan itu bersama semua resit bayaran air dan elektrik bagi rumah berkenaan yang sudah kami bayar.
"Ketika itu, baru saya tahu lokasi rumah terbabit sebenarnya sebuah lorong, bukan seperti tertera dalam pelan asal projek itu," katanya yang kemudian menyaman anak syarikat kerajaan negeri itu pada 2002.
Suhaimi mendakwa, berkata, mahkamah kemudian memerintahkan anak syarikat kerajaan negeri itu membayar semula jumlah pinjaman dibuatnya dengan bank, namun beliau dimaklumkan pihak bank yang mereka tidak pernah menerima bayaran berkenaan.
Pada 2004, katanya, beliau membuat keputusan berhenti membayar ansuran bulanan rumah itu kerana tidak mahu berbelanja untuk aset tidak wujud. Namun, tindakan itu mengundang musibah apabila disaman bank beberapa tahun kemudian atas kegagalan membuat pembayaran bulanan seperti dalam perjanjian.
"Pada Mei 2010, saya diisytihar muflis. Apa yang saya hairan, bank dalam afidavitnya langsung tidak menyebut perihal aset yang sama sekali tidak wujud itu, cuma menyatakan kegagalan saya menjelaskan ansuran bulanan, sedangkan saya berbuat demikian kerana aset yang dibeli tidak wujud," katanya.
Kehidupan musnah
Suhaimi berkata, perisytiharan muflis menyebabkan hidupnya musnah sekelip mata apabila lesen perundingnya ditarik balik serta akaun bank dibekukan, menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa bergantung kepada belas ihsan ahli keluarga.
Ditanya sama ada masalah itu pernah diadukan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Suhaimi mendakwa, beliau pernah dinasihati pegawai jabatan itu supaya tidak membuat pembayaran ansuran bulanan berkenaan kerana ia membabitkan aset tidak wujud.
"Menurut pegawai MdI itu, bank tidak boleh menyaman saya kerana aset berkenaan tidak wujud dan saya tidak sepatutnya diisytiharkan muflis dalam hal ini," katanya.

Oleh: Sophia Ahmad
MEDIA : BERITA HARIAN
TARIKH : 3/11/12
M/S: 8

Friday 21 September 2012

‘Thugs, mafia buying up NPLs’

September 20, 2012 Thugs are organising syndicated auctions – allegedly with the help of local banks – as a means to launder money, claims a consumer association.
 
SHAH ALAM: Underworld mafia and thugs have allegedly infiltrated the local banking system.
According to Subang, Shah Alam and Selangor Consumers Association (Cassa), bookies and loan sharks are working in cahoots with financial institutions to take over banks’ non-performing loans (NPLs) and are manipulating the property auctions.
Cassa president Jacob George said “agents” were forming companies and debt-collecting agencies to carry out their activities, and urged the authorities to quickly set up a task force to probe into the matter.
He alleged that these agencies were controlled by the underworld figures, who would offer to take over bank’s NPLs in order to launder illicit monies.
These companies would organise syndicated auctions with banks.
George claimed that one politically connected bank had in fact sold over 43,000 NPLs to debt- collecting agencies while another had traded in 28,000 NPLs.
“Based on our latest study, more than 63% of the victims are alleged to be Bumiputeras,” he told reporters today after lodging a report with the Malaysian Anti-Corruptions Commission (MACC).
He alleged many bank officials, for the sake of self-interest, were willing to reveal privileged information of properties to these thugs.
“These people would then split into four teams, one would bid for one particular property and another would bid another. On paper it might record 20 bidders have attended, but in fact only four people made bids,” he said.
George alleged that in two cases in Penang and Selangor, a successful bidder was found to have set up the company just three weeks ahead of the bid.
“When we investigated the background of the company, together with our police source, we found out that the owners were a bookie, a tobacco smuggler and loan sharks,” he claimed.
He also cited another case whereby the bank auctioned off a property owned by a Bumiputera company, after allegedly increasing the redemption sum from RM13 million to RM15.8 million within two months.
“The successful bidder paid RM15.8 million in cash! This is unheard-of. From where did he get the money?” he asked.
George said he had submitted the evidence to the MACC and is now demanding that the Finance Ministry, Bank Negara, MACC and the police set up a special task force to address the issue.
“We are giving them 21 days to react, failing which we will stage demonstrations outside of banks all over Malaysia,” he said.



Land buyer claims bank cheated him

Leven Woon | September 5, 2012
Paul Murugesu accuses a bank of manipulating the redemption sum and eventually auctioning off his property last month.
 
SUBANG JAYA: When Paul Murugesu bought a piece of land in Klang for RM11.5 million in December 2010, never did he expect that the seller’s bank would auction off the land two years later.
The 53-year-old Klang-based businessman felt even victimised as the bank allegedly did not grant him a chance to pay the bank loan and increased the redemption sum by RM8.6 million within 18 months.
He claimed that he had suffered more than RM3 million in losses, while risking to be evicted soon from his land.
Speaking at a press conference with Consumer Association of Subang and Shah Alam (Cassa) today, Murugesu claimed he entered into a valid Sales and Purchase Agreement (S&P) with a Malaysian registered company for the land that come with three units of warehouses and three jetty points in Port Klang.
The six-acre property was valued at RM11.5 million, forced sale (liquidation) value at RM8 million and fire insurance value at RM8 million.
The bank priced the property at RM8 million, due to previous attempts to auction off the land as the seller was unable to pay; while Murugesu proceeded to pay 10% of the RM11.5 million as down payment to the seller.
On Jan 5, 2011, a bank redemption letter was addressed to both the seller and Murugesu, indicating that the bank was aware of the dealing being initiated between all parties.
In the letter, it is said that the bank required a balance redemption sum of RM7.2 million to be paid by March 15, 2011.
Murugesu then spent RM2.5 million to renovate the property in hope to secure a certificate of fitness (CF) for his building, despite the seller having lied that the property had a CF when the agreement was signed.
When he thought things would finally get better, the bank allegedly sent another letter on May 2 this year informing him that the redemption sum was RM13 million, only to be increased to RM15.89 million on June 18.
Seven-day deadline for bank
Cassa president Jacob George slammed the bank for conspiring with hidden hands to manipulate the redemption sum and later auction off the land.
“How could they approve loan to a property without CF in the first place? How did they strike a deal with the seller?” he asked.
“The bank also fixed a ceiling price for the property at RM11.5 million, how could the bank now deviate from this?
“If the said sum is as stated, RM15.89 million, this represents a hike and interest rate of approximately 100%, which would be against all rules set by Bank Negara,” he said.
Meanwhile, Murugesu alleged that he was barred from taking part when the bank auctioned off his property on July 17. A company eventually succeeded in taking over the property on Aug 1.
“I really don’t know what to do now,” he said.
Describing the event as a “sham auction”, George urged the bank to rectify the matter within seven days, failing which he would bring it to the MACC, police and the Bank Negara.



Monday 2 July 2012

Kontraktor: 'Bank Negara musnahkan kami'

Sebuah firma pembinaan mendakwa Bank Negara memaksanya muflis untuk mengelak daripada menanggung kos untuk pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan (FSRC).

Kontraktor kejuruteraan dan pembinaan itu, H&I Niaga Sdn Bhd mendakwa tindakan Bank Negara yang enggan membayar kos berkenaan menyebabkan syarikat tersebut kini mengalami masalah.

Syarikat itu juga mendakwa telah menandatangani satu perjanjian tambahan yang "berat sebelah" dengan Bank Negara pada September 2009.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Bank Negara enggan membuat bayaran kepada syarikat tersebut hingga H&I muflis supaya perkara itu dapat disembunyikan.

Pua berkata, tindakan tersebut menyebabkan syarikat berkenaan tidak dapat membayar hutang yang ditanggungnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah pengarah urusan H&I Niaga Ismail Mohd Hisham dam pengarah eksekutif syarikat tersebut Amerudin Ismail.

RM667 BILLION! M'sian households DROWNING IN LOANS

PETALING JAYA - The rise in household debts – which now stand at around RM667 billion – can lead to more bankruptcy cases as consumers are unable to repay loans, especially during times of economic stress.
Insolvency Department deputy director-general Haini Hassan said the top reasons for household debts, namely housing, personal and hire purchase loans, correlated with the top three reasons for consumer bankruptcy.
"The order is slightly different but the top three reasons are exactly the same; it shows a correlation between household debts and bankruptcy.
"For household debts, according to Bank Negara, housing loans make up the top cause, followed by car and personal loans, whereas in bankruptcies, car loans top the list, followed by personal and housing loans," she said in an interview with theSun.
A total of 19,167 bankruptcy cases were registered by the department last year, up from 13,855 cases in 2008.
Bank Negara in its annual report for 2011 stated that household debts to gross domestic product (GDP) ratio was 75.8%, up from 69% in 2006. Based on the revised GDP figure of RM881 billion, this roughly amounts to RM667 billion.
Of that figure, 45% of all household debts, or around RM300 billion, were in residential property loans alone.
While acknowledging that high household debt level is a cause for concern, Malaysian Rating Corporation Bhd chief economist Nor Zahidi Alias told theSun that it will only really start to affect economic growth if the ratio reached a level of 85% of GDP.
"It is not surprising to see that household debts correlate directly with consumer bankruptcy cases.
"The higher the debt level, the more likelihood of the debtor not being able to repay the debt," he said.
Nor Zahidi warned that Malaysia is at the level where it should be more cautious about the household debt problem.
"As we have seen from past experience, high household debt level can lead to a collapse in consumer sector as happened in South Korea in 2003.
"For that reason, Bank Negara has been cautious and introduced prudent guidelines for lending in January this year to ensure that the problem can be contained in the next few years," he said.
Among the measures put in place included tighter lending guidelines for banks, including using net income calculation method instead of gross income when computing the debt-service ratio for potential borrowers.
The number of bankruptcy cases in Malaysia has shown an increasing trend for the past few years.
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz told Parliament on June 14 that between 2005 and April this year, the Insolvency Department saw 116,379 people being declared bankrupt.
Besides the three reasons for bankruptcy, social and corporate guarantors as well as business loans and credit card debts made up the other major causes of bankruptcy.
Haini said the reasons for the increase in bankruptcy cases were varied.
"Sometimes there is mismanagement of funds, but with the recession, there has been loss of employment or the effects of recession that weren't foreseen.
"The effects of recession only start to show after a year or so," she said, adding that it was the lower income group who would be most vulnerable.
Haini advised people to always spend within their means, and set aside savings before thinking about spending or taking out loans.
"The important thing is to work with your disposable income figure in mind, not your gross income, as that can be misleading because there are financial obligations," she said.
Haini also urged people who genuinely cannot service their loans to come forward as there is better protection for registered bankrupts under the law.
Once a bankrupt under the law, the Insolvency Department becomes the bankrupt's trustee and facilitates payment to the creditors, meaning the debtor cannot be harassed, she said.
-thesundaily

Tuesday 20 March 2012

BAHANA MUFLIS

Ahmad: “Korang, mana nak pergi public holiday ni? Pavilion, Mid Valley, Suria KLCC, Sunway Pyramid, The Curve, One Utama, Subang Parade, Lot 10, Times Square, Wangsa Walk….semua aku dah redah…bosan la!”

Raju: “Sama lah dengan aku. IOI Mall, Alamanda pun dah jemu sangat! Ha, aku dengar ada shopping complex baru kat Gombak. Nama dia Festival City. Apa lagi, jom attack!”

Adakah anda familiar dengan dialog harian ini? Teruskan membaca.

Baru-baru ini, didedahkan di dada akhbar betapa kronik sebenarnya fenomena muflis di negara kita dan yang paling memeranjatkan ialah ia melibatkan golongan muda (bawah 40 tahun). Tetapi jika diselidik kembali, ianya tidaklah sangat memeranjatkan jika kehidupan seorang eksekutif muda, kos sara hidup yang semakin meningkat dan jumlah pusat beli belah di Malaysia diperhati dan dibuat analisis.

Suka membeli belah dan pengurusan kewangan yang teruk itulah yang gambaran paling tepat mengenai sikap golongan muda di Malaysia. Berdasarkan kajian secara rambang yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj dimana dalam tempoh 3 tahun yang lalu, sebanyak 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari. Sementara pada setiap hujung minggu pula, kira-kira lima juta pengguna berpusu-pusu menyerbu 320 pusat membeli belah yang terdapat di seluruh negara!

Kita ambil contoh mudah dengan melihat senario graduan baru bekerja. Kita andaikan graduan itu mendapat gaji RM2,000 sebulan (tidak termasuk graduan mendapat gaji tidak setimpal dengan kelulusan iaitu RM800 hingga RM1,200). Dengan gaji RM2,000, bermulalah kerjaya graduan sebagai eksekutif muda di bandar atau di kawasan pinggir bandar. Dengan semangat berkobar-kobar berserta iringan doa dan kata perangsang ibu bapa, bekerjalah eksekutif muda dengan azam membangunkan diri, membantu ibu bapa dan keluarga yang banyak berkorban.Tetapi selepas mengharungi hidup sebagai eksekutif muda dan terdedah dengan persekitaran kerja yang mencabar mental dan fizikal, perubahan demi perubahan positif dan negatif banyak mengubah hidup eksekutif muda sehingga perubahan itu menjerat diri dan kehidupan mereka sebagai individu, pekerja dan sebagai anak dalam keluarga iaitu hutang.

Bagaimana eksekutif muda ini boleh terdedah dengan hutang dan akhirnya hidup dikelilingi hutang? Marilah kita bersama-sama melihat situasi ini dengan lebih khusus dan telus (berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan):

Gaji: RM2,000 sebulan
Perbelanjaan:
- Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan)
- Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya)
- Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain)
- Makan dan minum RM500
- Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi)
- Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai)
- Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik)
- Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit)
- Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak)

- Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji)Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini ‘sengaja buat lupa’ tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Katakan eksekutif yang ‘memaksa diri’ bayar pinjaman secara minimum RM100, jadi berapa gaji bulanan mereka yang tinggal? Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak!
Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Cuba bayangkan jika eksekutif itu mengamalkan gaya hidup mewah yang langsung tidak sepadan dengan gaji bulanan yang diterima. Berapa agaknya kekurangan gaji yang perlu mereka hadapi setiap bulan. Itu tidak termasuk jika kita mempersoalkan duit yang perlu diberi kepada ibu bapa yang sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan perbelanjaan keluarga.

Lebih menyedihkan, anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap ‘muka subsidi’ akan menjadikan kad kredit sebagai ‘abang long’ mereka. Dengan pelbagai promosi yang menonjolkan gaya dan aura kad kredit sebagai satu gaya hidup bagi eksekutif muda masa kini, maka terpesonalah eksekutif yang sering putus wang untuk menggunakan kad kredit sebagai sumber kewangan alternatif mereka. Tanpa mereka sedari atau sengaja tidak sedar diri, kad kredit itulah yang menjadikan mereka terus berhutang dan akhirnya hutang melilit pinggang.
Tetapi jika dipandang pada sudut lain, kebanyakan anak muda yang diisytiharkan muflis boleh dikatakan kesemuanya berada dibawah lingkungan umur bawah 40 an dan tinggal di bandar -bandar besar. Dan antara sebab mengapa sesetengah anak muda terlibat dengan pinjaman bank melalui pinjaman peribadi dan kepenggunaan kad kredit adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian mereka gara – gara kos sara hidup yang terlalu tinggi. Bukan semuanya mengamalkan gaya hidup mewah. Sebilangan anak muda terpaksa membuat pinjaman peribadi di bank untuk menamatkan zaman bujang mereka, dimana kita sedia maklum bahawa faedah (bunga) adalah terlalu tinggi didalam sistem sesetengah perbankan. Anak muda terpaksa berhutang untuk kahwin sebanyak RM 15,000 ke RM 20,000 . Ditambah dengan kos perkahwinan saban tahun semakin meningkat dan dengan hutang termasuk faedah (bunga) sekali. Ini bermakna mereka akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah hutang.

Dan dalam masa yang sama juga, mereka terpaksa membuat pinjaman untuk membeli kereta dan rumah bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Ditambah pula pasangan yang bekerja. Mereka terpaksa menghantar anak mereka kepada pengasuh atau ke Pusat Asuhan Kanak – Kanak. Ini sudah tentu melibatkan penambahan kos. Ini belum lagi menyentuh kepada pinjaman pengajian di IPTA mahupun IPTS pada masa terdahulu daripada PTPTN. Tempoh bayaran semula pinjaman kepada PTPTN yang panjang ditambah dengan faedah yang tinggi. Maka disinilah datangnya ‘malaikat penyelamat’ iaitu kad kredit!
Laporan Bank Negara mendedahkan hampir separuh daripada pemegang kad kredit yang diistytiharkan bankrap adalah mereka yang berusia dibawah 30 tahun. Mereka muda dan mewah, tetapi lemah pengurusan kewangan. Kad kredit hanya mengundang malapetaka jika anda tidak pandai menguruskannya dengan professional. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan professional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis. 15 peratus daripada hampir 40,000 individu yang menyertai program pengurusan kredit Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah mereka yang berusia bawah 30 tahun.
Mari kita kaji pula senario seorang eksekutif berjaya yang juga merupakan seorang pemegang kad kredit ‘berjaya’.

Di bawah akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000 setiap pemiutang. Raju adalah seorang arkitek yang berjaya. Masih lagi bujang dan tidak mempunyai sebarang tanggungan. Pada usia 30 tahun dia telah pun memiliki satu kereta sport, satu kereta mewah dan dua kondominium hasil dari titik peluhnya. Dia mempunyai mentaliti sanggup berusaha menghadapi rintangan dan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang diingini beliau.Dia juga percaya kepada falsafah wang boleh membeli apa saja. Raju memang gemar dengan perhatian yang diberikan orang ramai apabila melangkah bergaya dengan pakaian lelaki lengkap ditempah khas. Gaya hidup mewah kesukaan terhadap barangan berharga dan berjenama sebegini turut menjadi ikutan ramai golongan professional.
Dia banyak bergantung kepada kad kredit dan hampir kesemua perbelanjaannya dibiayai kad kredit. Raju amat taksub dengan bilangan digit pendapatannya, tidak sedikit pun bimbang dengan tsunami yang bakal mendatang.

Kemudahan mendapat pinjaman wang satu penghargaan dari segi kewangan, telah disalahgunakan oleh Raju. Apa yang dia tahu adalah berbelanja dan mendapatkan apa yang dingini. Tanpa disedari dia terjerat di dalam pasir jerlus hutang kombinasi 3-C (condo,car,credit card). Jumlah pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan kad kredit ahkirnya mencecah RM380,000.
Pada mulanya dia tidak percaya bebanan hutang yang ada dihadapan matanya. Dia tidak faham kenapa seseorang yang mempunyai pendapatan sihat boleh terjebak dengan bebanan hutang yang banyak. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengendahkan hutangnya tetapi semakin dielak semakin ngeri igauan yang ditanggungnya. Akhirnya Raju mengaku tewas lalu mendapatkan perkhidmatan dari AKPK.

AKPK menasihatkan Raju untuk menjual salah satu hartanah kepunyaannya demi meringankan beban hutang bulanan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal dan dia bersetuju serta strategi di atur untuk menyelamatkannya dari terus dibebani hutang di masa depan. Dari segi liabiliti AKPK telah berjaya menyelamatkan sejumlah 45% daripada bayaran bulanan hutangnya. Berbekalkan pendapatan bulanan yang mantap dengan keinsafan baru, Raju kini melalui kehidupan dengan sejahtera meskipun masih belum lepas sepenuhnya dari mulut harimau.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan golongan muda ialah:

Cari ilmu Kewangan – Hadiri kelas, seminar dan bengkel kewangan, baca sebanyak mungkin buku tentang kewangan, faham dan cuba ikut apa yang disampaikan.
Dapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah, seorang perancang kewangan bukan penjual produk, cari mereka yang membantu anda merancang kewangan anda dengan mengenakan yuran. Ini bagi mengelakkan seorang perancang kewangan menjual sesuatu produk yang tidak diperlukan oleh anda oleh kerana mereka mempunyai kepentingan didalam produk tersebut.

Antara ilmu asas yang perlu ada pada diri anda adalah mengenai aliran tunai dan budget atau belanjawan. Seperti juga kesihatan diri, aliran tunai akan menentukan tahap kesihatan kewangan anda, jika anda mempunyai aliran tunai negatif maka kuranglah kebolehupayaan anda untuk mempunyai wang yang cukup manakala budget pula seperti diet (makan makanan yang berkhasiat untuk badan anda), budget yang baik akan memastikan bahawa segala belanjawan yang dibuat mempunyai impak kewangan yang positif ke atas diri anda.

TIANG SEBATANG RM93K

BY zon

Mar 16, 2012 08:50 PM

salam semua..saya berpendapat kepada semua warga bankrup agar tidak keluar mengundi lebih2 lagi kepada para pembeli rumah terbengkalai yamin height pulau indah klang selangor yang hanya didirikan tiang sebatang berharga RM93,000.00 termasuk saya sendiri yang bakal,telah dan akan dibankrupkan..sedangkan tiada apa2 tindakan dari jabatan perdana menteri dan seluruh peguam di malaysia secara majoriti tidak akan mengambil kes ini untuk mewakili pembeli teraniaya seperti kami yang telah ditindas oleh pihak bank kerana demi menjaga bisnes mereka daripada pihak bank..saya juga telah teraniaya oleh pihak CIMB BANK yang memaksa untuk saya membayar sebanyak RM75,000.00 dengan ugutan akan dibankrupkan yang mana CEO bank berkenaan pula adalah ahli keluarga PM kita sendiri..

PM kita sebenarnya mempunyai kuasa keatas kes berkenaan untuk membantu ataupun mengelakkan kami dari status bankrup disebabkan kes penganiayaan dari pihak pemaju,arkitek dan bank yang sewenang2nya membuat pembayaran kepada pihak pemaju tanpa mengambil kira peratusan siap rumah berkenaan kerana PM kita adalah sebagai Menteri Kewangan Malaysia.

.disini saya ingin tegaskan bahawa kami tiada niat untuk berhutang tak payah bayar tetapi bukan kami yang menikmati wang pinjaman tersebut dari pihak bank tetapi pihak pemaju,arkitek,pegawai bank berkaitan yang menikmati kewangan diatas nama pembeli rumah terbengkalai terbabit dan malahan pula pihak CIMB BANK dan BANK-BANK yang lain berjaya memeras ugut para pembeli rumah terbengkalai dengan pulangan yang amat lumayan melalui interest dan riba yang tidak wajar dikenakan keatas kami.."kalau nk bankrupkan rakyat pun tengoklah kesnya dulu bagaimana"bukan ikut sesuka hati jabatan berkenaan kerana kononnya undang2 dijadikan alasan tanpa mengambil kira situasi dan keadaannya.

.lain lah kalau dah berhutang kereta dengan setuju,rela,nyata telah menandatangani perjanjian tetapi ingkar membayarnya sedangkan pembeli telah menikmati keselesaan kereta tersebut berbeza dari kami yang langsung tidak menikmati atau merasa duduk dirumah yang dibeli yang akhirnya mengundang padah pada diri sendiri untuk di bankrupkan dengan cara yang tidak adil kerana rumah tidak dibina..adakah ini negara Malaysia atau Israel ya?pendapat saya sebagai rakyat malaysia tidak wajar untuk mengundi memilih pemimpin kerana tiada apa2 fungsi pertolongan untuk kami yang bernasib malang..mempunyai ic or mykad tetapi hilang kerja dan pendapatan,tiada akaun bank,miskin,perniagaan terpaksa di tutup,tiada lagi bantuan pinjaman perumahan yang akhirnya hidup merempat/menyewa tanpa memiliki rumah sendiri untuk berlindung bersama anak2 dan isteri sehingga kami merasa seperti bukan warganegara kerana telah dibankrupkan oleh pihak bank dan jabatan kerajaan berkaitan tanpa mengkaji sebabnya terlebih dahulu dan kononnya atas sebab undang2..dimanakah keadilan undang2 itu?

"terima kasih kerana menjadikan kami golongan miskin buat selamaya wahai kerajaan malaysia"..wassalam

Monday 2 January 2012

SEKARANG PUN SUDAH MENGGILA MEMBANKRAPKAN ORANG, INIKAN PULA NANTI BILA DIPERBADANKAN

50,000 BELIA BERJAYA DIMUFLISKAN
Seramai 47,549 daripada 89,651 orang yang diisytiharkan mulis di Negara ini sejak 2006, adalah golongan belia.Statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi juga menunjukkan trend peningkatan belia muflis berlaku setiap tahun kecuali menurun sedikit pada tahun 2008 iaitu 6,600 orang.Akibat Jadi Muflis.
  1. Orang muflis tidak boleh melakukan sebarang pinjaman degan mana-mana pihak melebihi RM 1,000 tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.
  2. Semua harta dan gaji mereka yang muflis akan ditadbir urus oleh Jabatan Insolvensi kerana mereka yang muflis adalah disebabkan kegagalan gagal mentadbir kewangan.
  3. Seseorang yang muflis tidak boleh keluar negara kecuali kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi atas sebab-sebab tertentu.
  4. Tidak boleh memegang jawatan beramanah seperti pengarah syarikat, hakim mahkamah atau pengurusan tertinggi. Jika mahu juga perlu ada kebenaran dripada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi.
  5. Menjadi ahli jawatankuasa dalam mana-mana persatuan berdaftar atau berkerja dalam mana-mana pertubuhan.
  6. Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi waklil rakyaat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi.
  7. Memiliki harta alih atau tidak alaih melebihi RM 5,000
  8. Segala hal ehwal dan liability ditakbir oleh jabatan insolvensi melalui Ketua Pengarah Jabatan
Sebab Utama Seseorang Muflis
Kes muflis seringkali dikaitkan dengan masalah berikut;
  • Hutang kad kredit
  • Sewa beli kereta
  • Pinjaman peribadi
  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman pelajaran
  • Pinjaman perniagaan
  • Menjadi penjamin
  • Kesan kegawatan ekonomi
  • Pembelian rumah terbengkalai
  • Hilang punca pendapatan/diberhentikan kerja
Sumber : Laman web Jabatan Insolvensi.