SEKRETARIAT AKHBAR, PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR, TINGKAT 20, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,
40502 SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA. TEL: 603-554470032 FAX: 603-55109686
KENYATAAN AKHBAR
06 APRIL 2009
SELANGOR POHON PENJELASAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor, melalui pejabat peguam yang telah dilantik, telah pun menulis
surat rasmi kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapat kepastian tentang kedudukan dana
sejumlah RM9.9 juta kepunyaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri -Isteri Selangor (BALKIS).
Dalam surat yang bertarikh 06 April 2009, Kerajaan Negeri antara lain meminta pengesahan jika benar
Jabatan Insolvensi sedang mengendali dana tersebut sepertimana yang telah diberitahu oleh pegawai
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor, Puan Tairah binti Yusof kepada Jawatankuasa Pilihan
Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (Selcat) dalam satu siasatan minggu
lepas.
Jika benar dana tersebut adalah dalam pengendalian Jabatan Insolvensi Malaysia, Kerajaan Negeri
Selangor meminta agar dana tersebut diberi dan diamanahkan kembali kepada pihak Kerajaan Negeri untuk tindakan sewajarnya.
Perlu ditegaskan disini, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tanggungjawab terhadap dana RM9.9juta
tersebut memandangkan dana tersebut adalah, antara lain, hasil sumbangan agensi-agensi Kerajaan
Negeri. Tambahan pula, mengikut nasihat undang-undang yang diberi kepada Kerajaan Negeri,
pembubaran BALKIS adalah salah di sisi undang-undang.
Kerajaan Negeri Selangor berharap Jabatan Insolvensi akan bersikap professional dalam mengendali kes ini dengan memberi pengesahan yang diperlukan secepat mungkin.
NIK NAZMI NIK AHMAD
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
No comments:
Post a Comment