Friday, 28 October 2011

405 Pemegang Kad Kredit Diisytihar Bankrap Tahun 2009

KUALA LUMPUR: Seramai 405 orang pemegang kad kredit diisytiharkan bankrap sepanjang tahun lalu berbanding pemegang kad seramai 3.2 juta orang.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, bilangan mereka yang bankrap ini menurun berbanding 1,656 orang pada 2006.
Katanya, secara purata pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap hanya merangkumi 0.04 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit utama pada lima tahun lepas.
"Setakat akhir 2009, sejumlah 10.8 juta kad kredit telah dikeluarkan manakala bilangan orang yang memegang kad kredit adalah sebanyak 3.2 juta orang," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang ingin tahubilangan keseluruhan pemegang kad kredit, pemegang kad kredit baru, pemegang kadkredit bermasalah dan bilangan mereka yang diisytiharkan bankrap disebabkan olehmasalah kad kredit untuk tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009.
Katanya, tahap pinjaman tidak berbayar (NPL) kad kredit pula masih terkawaldi mana pada akhir tahun lalu, NPL telah menurun kepada dua peratus berbanding4.3 peratus pada akhir 2005.
Dalam pada itu, Lim berkata, langkah untuk mewujudkan skim insurans Faedah Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga (TPBID) bagi menggantikan Insurans Kecederaan Pihak Ketiga sedia ada, bertujuan memastikan pemilik kenderaan mendapat akses kepada perlindungan motor pihak ketiga yang mencukupi pada harga premium berpatutan.
Ia juga bagi memelihara kepentingan semua pihak dari segi undang-undang dan memastikan pemandu kenderaan memiliki perlindungan motor dan mendapat pampasansewajarnya jika terlibat dalam kemalangan.

"Pada masa ini, kerugian bagi TPBID telah sampai ke tahap di mana penanggung insurans mendapati sukar untuk menyediakan erlindungan ini. Misalnya pada 2008 bagi setiap ringgit yang diterima, RM2.67 dibayar sebagai tuntutan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment