Wednesday 21 December 2011

DAH LA SUSAH, JADI LAGI SUSAH

 21 DIS 11

Saya ingin membuat laporan tentang MDi yg telah mengenakan bayaran yg tinggi untuk pembayaran balik kes kebankrapan sy. Saya telah ditutut oleh mahkamah supaya membayar balik hutang termasuk kos guaman pihak pemiutang sebanyak RM73,150.72 kepada pemiutang kerana telah melanggar kontrak dengan pihak pemiutang.

Saya telah merujuk kepada jabatan insolvensi pulau pinang dan diberitahu oleh pengarah Insolvensi pulau pinang jumlah yg perlu saya bayar kepada insolvensi ialah lebih kurang sebanyak RM82,600 iaitu termasuk bayaran fees pengarah.

Sy memohon bantuan PPIM dan jabatan yang berkaitan supaya dapat membantu saya dalam mengurangkan jumlah bayaran yg dikenakan oleh jabatan insolvensi. Ini adalah kerana sy telah berusaha untuk berjimat cermat dan mengurangkan sumbangan kepada keluarga sy semata-mata untuk menyelesaikan hutang saya. Jikalau saya mempunyai wang yang banyak, sudah tentu saya tidak akan dikenakan bankrupt.

Pihak Insolvensi sepatutnya mengambil kira kemampuan orang yang bankrupt bukannya menambahkan bebanan hutang. Saya betul-betul rasa kecewa dengan jumlah fees yg dikenakan oleh jabatan insolvensi yg betul-betul membebankan dan sedikitpun tidak memikirkan kesusahan sy sebagai muflis. Saya betul-betul tertekan dan tidak tahu pada siapa harus saya meminta bantuan.

Sepatutnya jabatan insolvensi membantu orang yang muflis dengan mengurangkan bebanan tetapi pada pandangan saya, jabatan insolvensi lebih mengutamakan pihak pemiutang berbanding orang yang telah muflis yang sudah tentu dalam kesusahan.

Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis


20 Disember, 2011 17:47 PM
Kerajaan Diminta Contohi Negara Maju Beri Peluang, Pelepasan Kepada Golongan Muflis
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu mencontohi negara maju yang memberi peluang dan pelepasan dengan syarat tertentu kepada golongan muflis untuk membina kehidupan baru, kata Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Tunku Azwil Tunku Abd Razak.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 agar selari dengan keadaan semasa bagi mengelakkan golongan muflis terutama usahawan bumiputera berdepan masalah menguruskan perniagaan mereka.

"Mereka yang bankrap ini tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai sumber kewangan, malahan perlu membayar sejumlah wang kepada bank, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan dipenjarakan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tunku Azwil berkata kajian semula akta itu perlu dilakukan segera kerana ia bersifat menekan selain mendatangkan kesusahan kepada usahawan yang ingin memajukan perniagaan.

Sehingga hari ini, katanya, PPIM menerima kira-kira 80 aduan mengenai isu kebankrapan di kalangan usahawan bumiputera dengan pihak bank serta Jabatan Insolvensi Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan menggesa Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) lebih prihatin dan profesional dalam membantu usahawan bumiputera untuk berjaya selaras dengan agenda kerajaan.

Beliau berkata PPIM menerima banyak aduan daripada usahawan bumiputera yang berdepan masalah ketika memohon bantuan kewangan untuk memulakan serta mengembangkan perniagaan.

"Perkara utama ialah proses untuk SME Bank meluluskan permohonan pinjaman kewangan kepada mereka yang memakan masa bertahun-tahun. Mereka sudahlah tidak mempunyai modal cukup untuk berniaga, dan apabila berurusan dengan pihak SME Bank, terlalu banyak kerenah dalaman yang perlu dipenuhi," katanya.

Nadzim berkata PPIM juga menggesa kerajaan agar lebih tegas dan mengekang kemasukan warga asing, terutama dari negara tertentu di Afrika, yang dilihat mendatangkan banyak implikasi negatif dan gejala sosial.

"Mereka ini datang kononnya menggunakan pas pelajar, namun dalam masa yang sama, terlibat dengan sindiket penipuan termasuk memerangkap gadis-gadis tempatan untuk dijadikan mangsa," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday 7 December 2011

KEJAYAAN HEBAT DENGAN REKOD 235,908 INDIVIDU BERJAYA JADI BANKRAP


7 DISEMBER 2011
KOTA KINABALU - Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil .
Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.
Beliau berkata, statistik tersebut meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari. 
ENGLISH VERSION :
KOTA KINABALU, Dec 6 (Bernama) -- As of October this year, a total of
235,908 individuals were declared bankrupt in the country, said the
Director-General of Insolvency Department Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
He said that based on the records of the Malaysian Insolvency Department the
main causes for bankruptcy were hire-purchase agreements (26 per cent), followed
by personal loans (21 per cent), housing loans (14 per cent) and other loans
including business loans and corporate guarantees.
"This places Malaysia among the countries with a large nunmber of
bankruptcies compared to the other countries, with an average of 41 individuals
declared bankrupt each day," he said.
Between 2005 and October this year, a total of 14,000 cases were discharged
of bankruptcy at the discretion of the Director-General of the Department of
Insolvency, Abdul Karim told reporters after opening the dialogue on insolvency
at the Federal Administration Complex in Likas, here today.
The discretion refers to the bankrupt individual paying back the loan on
instalments continuously for more than five years and that they offered close
cooperation with the Department of Insolvency.
Abdul Karim said the government was reviewing the Malaysian Bankruptcy Act
1967 in efforts to assist those who were declared bankrupt to continue with life
without the debt burden including automatic discharge.
-- BERNAMA

Monday 28 November 2011

MACAM NAK MENOLONG TAPI HAKIKATNYA MENINDAS DAN KEJAM


XXXXX XXXXX B XXXX
X USJ XX/XB

47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

3hb November 2011

Persatuan Pengguna Islam Malaysia
No.70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat
54000 Kuala Lumpur

Tuan,
ADUAN ATAS KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP TINDAKAN  JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

Saya seperti nama di atas ingin membuat aduan terhadap tindakan JIM terhadap saya yang saya anggap sebagai satu penindasan dan menyekat usaha saya mencari pendapatan bagi menyara keluarga. Untuk pengetahuan pihak tuan saya telah diberhentikan kerja pada 30hb Mei 2010.  Dari tarikh tersebut saya tidak mempunyai punca pendapatan.  Sebagai jurukamera bebas pendapatan saya bergantung kepada tawaran kerja dari syarikat produksi, sekiranya ada.
Berikut adalah tindakan yang telah dilakukan oleh JIM yang saya rasakan tidak adil dan dibuat tanpa mempertimbangkan :

a.       TIADA NOTIS BERTULIS/PEMBERITAHUAN STATUS BAKRUPSI

Saya telah diishtiharkan bakrup tanpa pengetahuan saya setelah tidak menerima sebarang notis bertulis dari pihak JIM.  Saya hanya mengetahui status saya secara kebetulan sahaja setelah saya tergerak hati untuk pergi ke JIM dan mengesahkan status.

Prosedur keputusan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman bankrupsi terhadap saya juga amat  memusykilkan walaupun pada hari perbicaraan saya telah mewakilkan adik ipar saya  mengemukakan Sijil Cuti Sakit (Ruj: U069215/Tarikh cuti sakit dari 26hb hingga 27hb Mei 2010)) kepada hakim and peguam pendakwa tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh pihak mahkamah tanpa alasan kukuh.

b.      RAYUAN PENGURANGAN KREDIT DITOLAK

Pada Oktober 2010, saya telah mendapat tawaran pekerjaan dari pihak ESPN di luar negara selama 6 hari. Saya telah membuat rayuan memohon pengurangan bayaran kredit (bayaran pelepasan ke luar negara) kepada JIM dari RM1,500.00 kepada RM1,000.00 berikutan ketidakmampuan saya menyediakan wang sebanyak itu. Walau bagaimanapun rayuan saya telah ditolak oleh pihak JIM (Ruj:JIM156/004/155/6/3864(13).

Pada December 2010, sekali mendapat tawaran pekerjaan dari pihak ESPN selama 2 minggu dan  memohon pengurangan bayaran kredit tetapi sekali lagi ditolak tanpa alasan kukuh.

c.       BAYARAN REBATE DARI LHDN DISERAHKAN KEPADA JIM TANPA NOTIS

 Rebate dari LHDN sebanyak RM1,921.65 yg sepatutnya saya terima juga telah gagal saya tuntut dari pihak LHDN kerana wang tersebut telah diserahkan kepada JIM tanpa notis pemberitahuan kepada saya oleh pihak LHDN mahupun JIM.  Saya hanya tahu mengenai perkara ini setelah saya menghubungi LHDN bertanyakan status permohonan pembayaran rebate tersebut.

Tindakan-tindakan di atas seperti satu penindasan dan  bertujuan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan dimana telah mengakibatkan tekanan emosi dan menimbulkan kesulitan untuk saya mendapatkan sumber pendapatan. 

Saya amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan agar pihak JIM lebih bertimbangrasa dan beretika menjalankan kewajipan mereka tanpa menafikan hak, menindas dan memijak maruah mereka yg berstatus bankrupsi.

Sekian, terimakasih.




Thursday 24 November 2011

TIANG SEBATANG BERNILAI RM93000


KUALA LUMPUR: “Bagaimana saya hendak bayar pinjaman perumahan kepada bank sedangkan hanya sebatang tiang didirikan pemaju,” demikian keluhan Ahmad Zaki Samuri, 43, pembeli projek perumahan Yamin Height di Pulau Indah, Klang, yang terbengkalai sejak 2001.
“Kini bank mahu saya melunaskan pinjaman sehingga RM93,000 walaupun pemaju hanya menyiapkan satu peratus daripada projek berkenaan.

“Selepas rundingan, pihak bank mengurangkan bayaran itu kepada RM60,000 dan saya perlu membayarnya sehingga langsai jika tidak mahu diisytiharkan muflis,” katanya dalam sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini semalam.

Bagaimanapun, jumlah itu masih terlalu tinggi selain menganggap tidak perlu membayar sesen pun kepada pihak bank berikutan rumah yang dibeli tidak siap.

“Malah, saya juga tidak dimaklumkan mengenai tindakan mahkamah pada 2009 sedangkan pihak bank mempunyai nombor telefon saya,” katanya.

Ahmad Zaki bakal muflis sekiranya gagal melantik peguam pertengahan Disember ini, untuk membuat rayuan selepas dijatuhkan hukuman itu di peringkat Mahkamah Seksyen pada 2009.
- hmetro.com.my-

Komplot Penipuan Antara Pemaju, Arkitek Dan Bank?

Komplot jahat antara pihak bank, pemaju perumahan dan syarikat perunding arkitek untuk menipu serta menganiaya para pembeli rumah.

Menurut Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, banyak pembeli yang telah menjadi mangsa komplot ini di mana pihak bank telah membayar wang kepada pemaju untuk projek-projek perumahan yang terbengkalai dengan kelulusan syarikat perunding arkitek.
“Salah satu projek yang dimaksudkan ialah projek perumahan yang dibangunkan oleh Syarikat Simpulan Cemerlang Sdn Bhd di Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tunku Azwil berkata, pihak bank telah memaksa pembeli rumah untuk membayar kembali wang tersebut sedangkan tiada satu pun rumah yang dibina melainkan sebatang tiang yang terpacak di lokasi projek perumahan kondominium tersebut.

Lebih malang lagi, projek perumahan tersebut sebenarnya tidak pun mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, Majlis Perbandaran Klang, manakalah pemaju perumahan yang itu juga telah diisytiharkan muflis dan gulung tikar.

Beliau menyifatkan tindakan pihak bank yang memburu pembeli rumah itu sebagai tidak berperi kemanusiaan, tidak wajar dan lebih teruk dari ‘Ah Long’, sedangkan rumah tersebut tidak pernah siap.
Beliau turut mempersoalkan tentang tindakan pihak bank yang meluluskan pinjaman projek perumahan tersebut meskipun tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan membuat pembayaran kepada pemaju tanpa mengkaji status projek itu terlebih dahulu.

Menurutnya lagi, seramai 1242 orang pembeli yang terbabit bagi projek tersebut terdedah kepada tindakan mahkamah di mana 19 orang antara mereka telah dimufliskan oleh pejabat insolvensi manakala seramai 290 orang pembeli lagi telah disenarai hitamkan.

Seorang pembeli yang didakwa menjadi mangsa projek perumahan itu, Ahmad Zaki Samuri, beliau turut terdedah kepada status muflis setelah diheret ke mahkamah oleh pihak bank sedangkan rumah yang dibelinya itu tidak wujud sama sekali.
Meskipun beliau telah membuat laporan polis dan mengadu kepada pelbagai pihak termasuk Bank Negara, tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Tunku Azwil menegaskan bahawa, selain merujuk kepada bahagian perundangan PPIM, permasalahan ini akan dipanjangkan juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya perlu.

- mynewshub.my -

TERAINAYA SAMPAI BANKRAP - NAMA DIGUNAKAN TANPA DISEDARI - SIRI 1


Pengadu-Zameri menjadi mangsa dibankrapkan pada 29/9/1999, penghakiman sebutan di hadapan Majistret Puan Hazizah Bte Kassim di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana tidak membayar bayaran bulanan kereta Proton Saga 1.5I(M) yang tidak pernah pengadu miliki langsung. 

Laporan polis yang kedua kali telah dibuat oleh pengadu pada 01/09/20104 jam lebih kurang 14.55pm di balai Puchong yang melaporkan pada 03/01/1997  jam lebih kurang 15.30pm pengadu telah didatangi dua orang suspek iaitu pernah menjadi kawan yang bernama Johari dan kawannya Mat Desa Bin Mat Sidek bagi menguruskan pembelian kereta secondhand jenis Nissan Langley aeroback dan pada hari yang sama juga di rumah pengadu disuruh menandatangi hire purchase agreement.

Selepas hari tersebut pengadu tidak pernah dapat apa-apa dokumen dan maklumat berkenaan perihal tersebut sehingga pada 27/10/2003 pengadu telah menerima surat bayaran tertunggak 48bulan dari Arab Malaysian Finance Berhad jumlah RM29,136.
Terima surat Re-possess kereta dari finance kereta pada 04/03/1997 bayaran tertunggak berjumlah RM1,214.00
Akaun pengadu telah dibekukan pada 19/10/2000.

Tindakan Pengadu: 
1. Telah buat semakan di bahagian Trafik  balai polis Petaling Jaya dan JPJ Petaling Jaya dapati kenderaan-kereta telah disaman di Petaling Jaya dan Kuantan malah telah disenarai hitam oleh JPJ. Nama pemandu telah dikenal pasti juga.
2. Telah pergi ke Fraud Amfinance Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur untuk aduan dan tulis surat pada 29/09/2004. Nama pegawai bertugas Maszalan Minhad/Mohd Asyaary bahagian Fraud Team
3. Telah buat aduan di Bank Negara dan tulis surat pada 29/09/2004
4. Telah pergi ke Jabatan Insonvenci Shah Alam.