TARIKH : 3/11/12
Kuala
Lumpur: Enggan membayar untuk pembelian aset tidak wujud antara punca
sesetengah individu diisytihar muflis, sekali gus menunjukkan ada kelemahan
dalam Akta Kebankrapan 1967.
Akta
berkenaan tidak mempunyai peruntukan untuk menimbangkan kes tertentu
membabitkan defendan yang ditipu.
Antara
mangsa kes sedemikian ialah Suhaimi Hassan, 52, yang tidak pernah menyangka
keputusannya membeli rumah sebagai hadiah hari lahir isteri, Halimah Desa, 45,
berakhir dengan mereka diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua
tahun lalu.
Ketika
ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, Suhaimi
berkata, beliau membeli rumah berharga RM40,180 melalui projek milik sebuah
anak syarikat kerajaan Selangor yang dibangunkan sebuah syarikat pemaju di
Batang Kali pada 1997 dan membuat pinjaman bank sebanyak RM32,998.
Bank
jelas bayaran rumah
"Pada
2000, saya menerima surat daripada bank meminta datang mengambil kunci kerana
bank sudah menjelaskan keseluruhan harga rumah.
"Namun,
apabila saya ke pejabat anak syarikat kerajaan negeri itu, pegawai bertugas
mengambil surat pemberitahuan itu bersama semua resit bayaran air dan elektrik
bagi rumah berkenaan yang sudah kami bayar.
"Ketika
itu, baru saya tahu lokasi rumah terbabit sebenarnya sebuah lorong, bukan
seperti tertera dalam pelan asal projek itu," katanya yang kemudian
menyaman anak syarikat kerajaan negeri itu pada 2002.
Suhaimi
mendakwa, berkata, mahkamah kemudian memerintahkan anak syarikat kerajaan
negeri itu membayar semula jumlah pinjaman dibuatnya dengan bank, namun beliau
dimaklumkan pihak bank yang mereka tidak pernah menerima bayaran berkenaan.
Pada
2004, katanya, beliau membuat keputusan berhenti membayar ansuran bulanan rumah
itu kerana tidak mahu berbelanja untuk aset tidak wujud. Namun, tindakan itu
mengundang musibah apabila disaman bank beberapa tahun kemudian atas kegagalan
membuat pembayaran bulanan seperti dalam perjanjian.
"Pada
Mei 2010, saya diisytihar muflis. Apa yang saya hairan, bank dalam afidavitnya
langsung tidak menyebut perihal aset yang sama sekali tidak wujud itu, cuma
menyatakan kegagalan saya menjelaskan ansuran bulanan, sedangkan saya berbuat
demikian kerana aset yang dibeli tidak wujud," katanya.
Kehidupan
musnah
Suhaimi
berkata, perisytiharan muflis menyebabkan hidupnya musnah sekelip mata apabila
lesen perundingnya ditarik balik serta akaun bank dibekukan, menyebabkan mereka
sekeluarga terpaksa bergantung kepada belas ihsan ahli keluarga.
Ditanya
sama ada masalah itu pernah diadukan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI),
Suhaimi mendakwa, beliau pernah dinasihati pegawai jabatan itu supaya tidak
membuat pembayaran ansuran bulanan berkenaan kerana ia membabitkan aset tidak
wujud.
"Menurut
pegawai MdI itu, bank tidak boleh menyaman saya kerana aset berkenaan tidak
wujud dan saya tidak sepatutnya diisytiharkan muflis dalam hal ini,"
katanya.
Oleh: Sophia Ahmad
MEDIA : BERITA HARIAN
TARIKH : 3/11/12
M/S: 8
No comments:
Post a Comment