AZA
47600 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
3hb November 2011
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
No.70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat
54000 Kuala Lumpur
Tuan,
ADUAN ATAS KETIDAK PUASAN HATI TERHADAP TINDAKAN JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA
Saya seperti nama di atas ingin membuat aduan terhadap tindakan JIM terhadap saya yang saya anggap sebagai satu penindasan dan menyekat usaha saya mencari pendapatan bagi menyara keluarga. Untuk pengetahuan pihak tuan saya telah diberhentikan kerja pada 30hb Mei 2010. Dari tarikh tersebut saya tidak mempunyai punca pendapatan. Sebagai jurukamera bebas pendapatan saya bergantung kepada tawaran kerja dari syarikat produksi, sekiranya ada.
Berikut adalah tindakan yang telah dilakukan oleh JIM yang saya rasakan tidak adil dan dibuat tanpa mempertimbangkan :
a. TIADA NOTIS BERTULIS/PEMBERITAHUAN STATUS BAKRUPSI
Saya telah diishtiharkan bakrup tanpa pengetahuan saya setelah tidak menerima sebarang notis bertulis dari pihak JIM. Saya hanya mengetahui status saya secara kebetulan sahaja setelah saya tergerak hati untuk pergi ke JIM dan mengesahkan status.
Prosedur keputusan mahkamah semasa menjatuhkan hukuman bankrupsi terhadap saya juga amat memusykilkan walaupun pada hari perbicaraan saya telah mewakilkan adik ipar saya mengemukakan Sijil Cuti Tarikh cuti sakit dari 26hb hingga 27hb Mei 2010)) kepada hakim and peguam pendakwa tetapi telah ditolak mentah-mentah oleh pihak mahkamah tanpa alasan kukuh.
b. RAYUAN PENGURANGAN KREDIT DITOLAK
Pada Oktober 2010, saya telah mendapat tawaran pekerjaan dari pihak ESPN di luar negara selama 6 hari. Saya telah membuat rayuan memohon pengurangan bayaran kredit (bayaran pelepasan ke luar negara) kepada JIM dari RM1,500.00 kepada RM1,000.00 berikutan ketidakmampuan saya menyediakan wang sebanyak itu. Walau bagaimanapun rayuan saya
telah ditolak oleh pihak JIM.
Pada December 2010, sekali mendapat tawaran pekerjaan selama 2 minggu dan memohon pengurangan bayaran kredit tetapi sekali lagi ditolak tanpa alasan kukuh.
c. BAYARAN REBATE DARI LHDN DISERAHKAN KEPADA JIM TANPA NOTIS
Rebate dari LHDN sebanyak RM1,921.65 yg sepatutnya saya terima juga telah gagal saya tuntut dari pihak LHDN kerana wang tersebut telah diserahkan kepada JIM tanpa notis pemberitahuan kepada saya oleh pihak LHDN mahupun JIM. Saya hanya tahu mengenai perkara ini setelah saya menghubungi LHDN bertanyakan status permohonan pembayaran rebate tersebut.
Tindakan-tindakan di atas seperti satu penindasan dan bertujuan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan dimana telah mengakibatkan tekanan emosi dan menimbulkan kesulitan untuk saya mendapatkan sumber pendapatan.
Saya amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan agar pihak JIM lebih bertimbangrasa dan beretika menjalankan kewajipan mereka tanpa menafikan hak, menindas dan memijak maruah mereka yg berstatus bankrupsi.
Sekian, terimakasih.
Yang benar
AZA
No comments:
Post a Comment