MOHON SIASAT STATUS TANAH
Saya mewakili warga penduduk Kg Kuala Sungai Baru yang bakal dihalau oleh pihak berkuasa Insolvensi Malaysia yang bertindak atas dasar tanah yang kami diami (Lot 1334, Hak Milik 534, yang berkeluasan 7 ekar 1 Rood 11.0000 Pole di Mukim Kayang Kuala Sungai Baru) adalah tanah milik D (telahpun diisytihar bankrap).
Tanah tersebut pada awalnya merupakan milik Penghulu telahpun diwakafkan kepada penduduk kampung disitu semenjak 4 generasi (sebelum tahun 1957) dan merekalah yang membuka kawasan tersebut dan mengusahakan tanah bendang disitu sehingga sekarang.
Untuk pengetahuan pihak Dato', kami warga penduduk Kg Kuala Sungai Baru seramai 19 keluarga telah mendiami tanah tersebut semenjak 4 generasi sebelum En D membeli tanah tersebut lagi. Kami telahpun memohon dengan pihak Insolvensi Malaysia untuk membeli tanah tersebut tetapi pihak Insolvensi menolak dengan alasan pihak tuan tanah (D) berhak menentukan siapa pembeli tanah tersebut (yang telahpun bersetuju dijual kepada En M)
Oleh itu, kami meragui akan kewibawaan pihak Insolvensi Malaysia kerana dalam proses permohonan kami untuk mendapatkan tanah tersebut tetapi tanah tersebut telahpun dijual kepada M dimana pihak Insolvensi tidak pernah turun padang melihat keadaan sebenar yang berlaku disini dan kami mengesyaki yang besar kemungkinan adanya unsur-unsur rasuah dalam proses jual beli tanah tersebut.
Oleh itu, kami berharap agar pihak Dato' dapat turun menyiasat perkara ini demi nasib kami yang akan dihalau dari kediaman kami yang telah kami duduki semenjak datuk nenek kami lagi dan kami bersedia bersemuka dengan pihak Dato' bagi menjelaskan perkara dan keadaan sebenar kami disini.
Besarlah harapan kami agar pihak Dato' dapat membantu kami dan sekaligus memberi sinar harapan kepada kami untuk terus tinggal ditanah yang kami diami sejak sekian lama.Segala kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:
Post a Comment