Komplot jahat antara pihak bank, pemaju perumahan dan syarikat perunding arkitek untuk menipu serta menganiaya para pembeli rumah.
Menurut Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, banyak pembeli yang telah menjadi mangsa komplot ini di mana pihak bank telah membayar wang kepada pemaju untuk projek-projek perumahan yang terbengkalai dengan kelulusan syarikat perunding arkitek.
“Salah satu projek yang dimaksudkan ialah projek perumahan yang dibangunkan oleh Syarikat Simpulan Cemerlang Sdn Bhd di Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Tunku Azwil berkata, pihak bank telah memaksa pembeli rumah untuk membayar kembali wang tersebut sedangkan tiada satu pun rumah yang dibina melainkan sebatang tiang yang terpacak di lokasi projek perumahan kondominium tersebut.
Lebih malang lagi, projek perumahan tersebut sebenarnya tidak pun mendapat kelulusan dari pihak berkuasa, Majlis Perbandaran Klang, manakalah pemaju perumahan yang itu juga telah diisytiharkan muflis dan gulung tikar.
Beliau menyifatkan tindakan pihak bank yang memburu pembeli rumah itu sebagai tidak berperi kemanusiaan, tidak wajar dan lebih teruk dari ‘Ah Long’, sedangkan rumah tersebut tidak pernah siap.
Beliau turut mempersoalkan tentang tindakan pihak bank yang meluluskan pinjaman projek perumahan tersebut meskipun tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa dan membuat pembayaran kepada pemaju tanpa mengkaji status projek itu terlebih dahulu.
Menurutnya lagi, seramai 1242 orang pembeli yang terbabit bagi projek tersebut terdedah kepada tindakan mahkamah di mana 19 orang antara mereka telah dimufliskan oleh pejabat insolvensi manakala seramai 290 orang pembeli lagi telah disenarai hitamkan.
Seorang pembeli yang didakwa menjadi mangsa projek perumahan itu, Ahmad Zaki Samuri, beliau turut terdedah kepada status muflis setelah diheret ke mahkamah oleh pihak bank sedangkan rumah yang dibelinya itu tidak wujud sama sekali.
Meskipun beliau telah membuat laporan polis dan mengadu kepada pelbagai pihak termasuk Bank Negara, tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Tunku Azwil menegaskan bahawa, selain merujuk kepada bahagian perundangan PPIM, permasalahan ini akan dipanjangkan juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya perlu.
- mynewshub.my -
zonMar 16, 2012 08:50 PM
ReplyDeleteDISARANKAN TIDAK KELUAR MENGUNDI UNTUK PILIHANRAYA UMUM TAHUN INI
salam semua..saya berpendapat kepada semua warga bankrup agar tidak keluar mengundi lebih2 lagi kepada para pembeli rumah terbengkalai yamin height pulau indah klang selangor yang hanya didirikan tiang sebatang berharga RM93,000.00 termasuk saya sendiri yang bakal,telah dan akan dibankrupkan..sedangkan tiada apa2 tindakan dari jabatan perdana menteri dan seluruh peguam di malaysia secara majoriti tidak akan mengambil kes ini untuk mewakili pembeli teraniaya seperti kami yang telah ditindas oleh pihak bank kerana demi menjaga bisnes mereka daripada pihak bank..saya juga telah teraniaya oleh pihak CIMB BANK yang memaksa untuk saya membayar sebanyak RM75,000.00 dengan ugutan akan dibankrupkan yang mana CEO bank berkenaan pula adalah ahli keluarga PM kita sendiri..PM kita sebenarnya mempunyai kuasa keatas kes berkenaan untuk membantu ataupun mengelakkan kami dari status bankrup disebabkan kes penganiayaan dari pihak pemaju,arkitek dan bank yang sewenang2nya membuat pembayaran kepada pihak pemaju tanpa mengambil kira peratusan siap rumah berkenaan kerana PM kita adalah sebagai Menteri Kewangan Malaysia..disini saya ingin tegaskan bahawa kami tiada niat untuk berhutang tak payah bayar tetapi bukan kami yang menikmati wang pinjaman tersebut dari pihak bank tetapi pihak pemaju,arkitek,pegawai bank berkaitan yang menikmati kewangan diatas nama pembeli rumah terbengkalai terbabit dan malahan pula pihak CIMB BANK dan BANK-BANK yang lain berjaya memeras ugut para pembeli rumah terbengkalai dengan pulangan yang amat lumayan melalui interest dan riba yang tidak wajar dikenakan keatas kami.."kalau nk bankrupkan rakyat pun tengoklah kesnya dulu bagaimana"bukan ikut sesuka hati jabatan berkenaan kerana kononnya undang2 dijadikan alasan tanpa mengambil kira situasi dan keadaannya..lain lah kalau dah berhutang kereta dengan setuju,rela,nyata telah menandatangani perjanjian tetapi ingkar membayarnya sedangkan pembeli telah menikmati keselesaan kereta tersebut berbeza dari kami yang langsung tidak menikmati atau merasa duduk dirumah yang dibeli yang akhirnya mengundang padah pada diri sendiri untuk di bankrupkan dengan cara yang tidak adil kerana rumah tidak dibina..adakah ini negara Malaysia atau Israel ya?pendapat saya sebagai rakyat malaysia tidak wajar untuk mengundi memilih pemimpin kerana tiada apa2 fungsi pertolongan untuk kami yang bernasib malang..mempunyai ic or mykad tetapi hilang kerja dan pendapatan,tiada akaun bank,miskin,perniagaan terpaksa di tutup,tiada lagi bantuan pinjaman perumahan yang akhirnya hidup merempat/menyewa tanpa memiliki rumah sendiri untuk berlindung bersama anak2 dan isteri sehingga kami merasa seperti bukan warganegara kerana telah dibankrupkan oleh pihak bank dan jabatan kerajaan berkaitan tanpa mengkaji sebabnya terlebih dahulu dan kononnya atas sebab undang2..dimanakah keadilan undang2 itu?"terima kasih kerana menjadikan kami golongan miskin buat selamaya wahai kerajaan malaysia"..wassalam