Biro
Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno (BePU) melahirkan rasa
kecewa terhadap Jabatan Insolvensi Negara apabila tidak hadir pada forum
Muflis @ Bankrap... Anda masih ada peluang kedua.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, BePu serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain telah mengikut tarikh yang diberikan jabatan itu tetapi menerima berita tidak hadir pada saat akhir.
Menurutnya, sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan, jabatan itu seharusnya berani tampil mendengar rintihan dan keluhan mangsa muflis @ bankrap.
"Forum ini dibuat bukan untuk kepentingan kami sebaliknya ia memberi ruang kepada Jabatan Insolvensi untuk memudahkan mereka mendekati mangsa muflis @ bankrap.
"Tarikh dan waktu diberikan oleh Jabatan Insolvensi sendiri. Tetapi, kami hanya dimaklumkan ketidakhadiran wakil mereka menerusi kiriman faks pada hari Jumaat lalu kira-kira jam 5 petang," katanya semalam.
Katanya, sejurus menerima faks tersebut, BePu gagal mendapatkan Jabatan tersebut memandangkan waktu bekerja sudah tamat.
"Inilah yang dikesalkan. Ramai yang mahu bertemu dengan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal-hal bankrap @ muflis.
"Jadi, Jabatan Insolvensi sudah rugi kerana tidak dapat mendekati golongan ini. Mereka sepatutnya hadir bagi mendengar idea-idea bernas dan relevan untuk membantu pindaan," katanya.
Ketika ditanya apakah tindakan susulan terhadap agensi itu, Sohaimi beekata pihaknya akan menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).
"BePu akan bertindak tegas dalam hal-hal sebegini. Kami akan menghantar surat untuk memaklumkan kepada KSN.
"Kami akan menyarankan kepada KSN supaya meletakkan pegawai-pegawai tinggi yang benar-benar menjiwai dan memberi nafas kepada agensi seterusnya lebih efektif," katanya.
Forum Muflis @ Bankrap... Anda masih ada peluang kedua yang diadakan semalam berjaya mengumpulkan hampir 40 resolusi untuk membantu golongan muflis @ bankrap.
Resolusi tersebut juga telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai di hadapan lebih 500 peserta yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
kenapa xjemput president MATE(Malaysian Arbitral Tribunal Establishment)?
ReplyDeleteTak kira sape pun memerintah yang muflis tetap akan muflis.aku sndiri dah 10 tahun tapi tkde perubahan langsung...kalau diorang nakan aku pnye undi tnggu 2018,tu pun klau aku puas hati revisi yg diorang buat.....aku bnkrap pun psal krajaan tk pndai urus ekonomi smpai jadi gawat.
ReplyDeleteDuhai kasihan pengarah itu..... gaji mau kerja mau lari...
ReplyDeleteSayang jika pihak-pihak yang punyai kuasa dalam hal ini tidak hadir utk berbincang. Program yg baik perlu di sokong.
ReplyDeleteTak gentle betul pengarah tu
ReplyDeleteAku kena inaya...sapa pun x bela...nak buat apa pun susah..mcm hidup segan mati x boleh.
ReplyDeleteKepada Kerajaan Malaysia,
ReplyDeleteKerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.
Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.