Tuesday 18 December 2012

18/12/12 : Perlu pendapat individu muflis sebelum pinda Akta Kebankrapan



Kuala Lumpur: Kerajaan perlu mendengar pandangan lebih 240,000 rakyat negara ini yang diisytihar muflis, sebelum melakukan pindaan kepada Akta Kebankrapan 1976.
Sehubungan itu, Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan meminta semua individu yang diisytihar muflis supaya tampil mengemukakan pandangan dan cadangan mereka.
"Kita tidak mahu pindaan itu nanti hanya syok sendiri yang mana pegawai Jabatan Insolvensi berbincang sesama mereka kemudian mengemukakan cadangan kepada kerajaan. Sebaliknya, kita mahu mereka mendengar pandangan individu diisytiharkan muflis.
Banyak kategori muflis
"Individu yang diisytiharkan muflis ada banyak kategori, sebahagian mangsa penipuan, ada diisytiharkan muflis kerana menjadi penjamin dan ada juga disebabkan masalah pembelian rumah. Kumpulan ini perlu diberi perhatian termasuk juga usahawan.
"Pemuda UMNO akan mengumpul cadangan mereka yang muflis sehingga Januari ini melalui media sosial dan forum yang diadakan sebelum mengemukakannya kepada kerajaan," katanya selepas merasmikan Kempen Muflis @ Bankrap: Anda Masih Ada Peluang Kedua di sini, semalam.
Sohaimi juga meminta kerajaan menyemak semua keputusan mahkamah berhubung pengisytiharan muflis bagi memastikan ia adil kepada kedua-dua pihak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO lalu mengumumkan bersetuju mengkaji semula peraturan baru berkaitan undang-undang kebankrapan di negara ini.
Cadangan pindaan kepada akta itu dibentangkan Sohaimi mewakili Pemuda UMNO ketika membahaskan usul ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO.
Sementara itu, Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said Kadaied, berkata berdasarkan pengalaman pihaknya ramai anak muda Melayu menganggur kerana diisytiharkan muflis.
"Saya rasa kita perlu beri perhatian kerana sistem kini dilihat lebih mesra kepada pihak bank berbanding rakyat. Di PPIM, kita banyak mendapat kes membabitkan peminjam itu diisytihar muflis kerana ditipu.
"Bahkan ada satu kes, pasangan ini membeli rumah dan pemaju tidak membina rumah berkenaan, lebih dari itu tanah yang dimaksudkan untuk kediaman terbabit adalah jalan raya," katanya.
INFO
Muflis
- Lebih 240,000 diisytihar muflis.
- 50,000 berusia bawah 34 tahun.
- 25.21 peratus pinjaman kereta.
- 13.15 peratus pinjaman persendirian.
- 12.31 peratus pinjaman perumahan.
- 11.26 peratus pinjaman perniagaan.
- 4.9 peratus pinjaman kad kredit.

6 comments:

  1. Saya sangat menyokong untuk diberi peluang itu.saya ktanggan awam n kesan mjadi penjamin kp suami mbeli kereta 1996,dan beliau xdpt mjelaskn byr n kebetulan tamat brkhidmat sbg tentera.maka nama saya disenarai hitam,kami tlh byk brusaha utk myelesaikn tpi akhir brputus asa ...ianya xpihak kp saya n takut akn masa depan.jumlah Rm 17ribu xtrmasuk kos lain.jika saya dpt loan dri bank ,mgkn saya blh mmbantu suami utk myelesaikn.tambahan lg dia adalah penderma b.pingang utk anak tunggal kami..skurang2nya kami blh mnarik nafas lega.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat menyokong untuk diberi peluang itu.saya ktanggan awam n kesan mjadi penjamin kp suami mbeli kereta 1996,dan beliau xdpt mjelaskn byr n kebetulan tamat brkhidmat sbg tentera.maka nama saya disenarai hitam,kami tlh byk brusaha utk myelesaikn tpi akhir brputus asa ...ianya xpihak kp saya n takut akn masa depan.jumlah Rm 17ribu xtrmasuk kos lain.jika saya dpt loan dri bank ,mgkn saya blh mmbantu suami utk myelesaikn.tambahan lg dia adalah penderma b.pingang utk anak tunggal kami..skurang2nya kami blh mnarik nafas lega.

    ReplyDelete
  3. Tidak semua orang suka berhutang dan tak semua orang suka tak bayar hutang. Tetapi semua orang berhutang akan menerima akibat yang sama kalau terlalai atau terpaksa menangguh bayaran. Lepas itu semua institusi kewangan tak memberikan pinjaman seolah-olah "pi mampus la lu". Walaupun pada keadaan semasa sebenarnya ramai yang mampu menyelesaikan hutang hanya dengan sedikit suntikan modal untuk bangun semula dari membayar tanpa aset malah faedah yang tidak munasabah terutamanya "credit card"

    ReplyDelete
  4. itu la senjata cinabeng utk mengurangkan bangsa melayu menikmati kekayaan di malaysia kerana mereka tau kebykan bangsa melayu lemah dlm pengurusan kewangan & mudah ditipu.lama kelamaan bangsa melayu semakin kurang yg berjaya hanya mampu utk melihat cinbeng bolot segalanya kerana kerajaan leka dgn ayat manis depa

    ReplyDelete
  5. Aku lagi parah...taktau langsung ..sedara pakai nama ambik cgc loan...dia pakat dengan orang dlm bank yang makan duit buat approval...sedar sedar dah bangkrup aku..2010...mcm mana nak buat aku pun pening.

    ReplyDelete
  6. Alta lapuk yanh dah x sesuai dan membuatkan golongan cerdik pandai...sukar berkerja...disebab kan penyamun berlesen.

    ReplyDelete