Monday 2 January 2012

SEKARANG PUN SUDAH MENGGILA MEMBANKRAPKAN ORANG, INIKAN PULA NANTI BILA DIPERBADANKAN

50,000 BELIA BERJAYA DIMUFLISKAN
Seramai 47,549 daripada 89,651 orang yang diisytiharkan mulis di Negara ini sejak 2006, adalah golongan belia.Statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi juga menunjukkan trend peningkatan belia muflis berlaku setiap tahun kecuali menurun sedikit pada tahun 2008 iaitu 6,600 orang.Akibat Jadi Muflis.
  1. Orang muflis tidak boleh melakukan sebarang pinjaman degan mana-mana pihak melebihi RM 1,000 tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.
  2. Semua harta dan gaji mereka yang muflis akan ditadbir urus oleh Jabatan Insolvensi kerana mereka yang muflis adalah disebabkan kegagalan gagal mentadbir kewangan.
  3. Seseorang yang muflis tidak boleh keluar negara kecuali kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi atas sebab-sebab tertentu.
  4. Tidak boleh memegang jawatan beramanah seperti pengarah syarikat, hakim mahkamah atau pengurusan tertinggi. Jika mahu juga perlu ada kebenaran dripada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi.
  5. Menjadi ahli jawatankuasa dalam mana-mana persatuan berdaftar atau berkerja dalam mana-mana pertubuhan.
  6. Bertanding dalam pilihanraya atau menjadi waklil rakyaat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi.
  7. Memiliki harta alih atau tidak alaih melebihi RM 5,000
  8. Segala hal ehwal dan liability ditakbir oleh jabatan insolvensi melalui Ketua Pengarah Jabatan
Sebab Utama Seseorang Muflis
Kes muflis seringkali dikaitkan dengan masalah berikut;
  • Hutang kad kredit
  • Sewa beli kereta
  • Pinjaman peribadi
  • Pinjaman perumahan
  • Pinjaman pelajaran
  • Pinjaman perniagaan
  • Menjadi penjamin
  • Kesan kegawatan ekonomi
  • Pembelian rumah terbengkalai
  • Hilang punca pendapatan/diberhentikan kerja
Sumber : Laman web Jabatan Insolvensi.

4 comments:

  1. salam semua..saya berpendapat kepada semua warga bankrup agar tidak keluar mengundi lebih2 lagi kepada para pembeli rumah terbengkalai yamin height pulau indah klang selangor yang hanya didirikan tiang sebatang berharga RM93,000.00 termasuk saya sendiri yang bakal,telah dan akan dibankrupkan..sedangkan tiada apa2 tindakan dari jabatan perdana menteri dan seluruh peguam di malaysia secara majoriti tidak akan mengambil kes ini untuk mewakili pembeli teraniaya seperti kami yang telah ditindas oleh pihak bank kerana demi menjaga bisnes mereka daripada pihak bank..saya juga telah teraniaya oleh pihak CIMB BANK yang memaksa untuk saya membayar sebanyak RM75,000.00 dengan ugutan akan dibankrupkan yang mana CEO bank berkenaan pula adalah ahli keluarga PM kita sendiri..PM kita sebenarnya mempunyai kuasa keatas kes berkenaan untuk membantu ataupun mengelakkan kami dari status bankrup disebabkan kes penganiayaan dari pihak pemaju,arkitek dan bank yang sewenang2nya membuat pembayaran kepada pihak pemaju tanpa mengambil kira peratusan siap rumah berkenaan kerana PM kita adalah sebagai Menteri Kewangan Malaysia..disini saya ingin tegaskan bahawa kami tiada niat untuk berhutang tak payah bayar tetapi bukan kami yang menikmati wang pinjaman tersebut dari pihak bank tetapi pihak pemaju,arkitek,pegawai bank berkaitan yang menikmati kewangan diatas nama pembeli rumah terbengkalai terbabit dan malahan pula pihak CIMB BANK dan BANK-BANK yang lain berjaya memeras ugut para pembeli rumah terbengkalai dengan pulangan yang amat lumayan melalui interest dan riba yang tidak wajar dikenakan keatas kami.."kalau nk bankrupkan rakyat pun tengoklah kesnya dulu bagaimana"bukan ikut sesuka hati jabatan berkenaan kerana kononnya undang2 dijadikan alasan tanpa mengambil kira situasi dan keadaannya..lain lah kalau dah berhutang kereta dengan setuju,rela,nyata telah menandatangani perjanjian tetapi ingkar membayarnya sedangkan pembeli telah menikmati keselesaan kereta tersebut berbeza dari kami yang langsung tidak menikmati atau merasa duduk dirumah yang dibeli yang akhirnya mengundang padah pada diri sendiri untuk di bankrupkan dengan cara yang tidak adil kerana rumah tidak dibina..adakah ini negara Malaysia atau Israel ya?pendapat saya sebagai rakyat malaysia tidak wajar untuk mengundi memilih pemimpin kerana tiada apa2 fungsi pertolongan untuk kami yang bernasib malang..mempunyai ic or mykad tetapi hilang kerja dan pendapatan,tiada akaun bank,miskin,perniagaan terpaksa di tutup,tiada lagi bantuan pinjaman perumahan yang akhirnya hidup merempat/menyewa tanpa memiliki rumah sendiri untuk berlindung bersama anak2 dan isteri sehingga kami merasa seperti bukan warganegara kerana telah dibankrupkan oleh pihak bank dan jabatan kerajaan berkaitan tanpa mengkaji sebabnya terlebih dahulu dan kononnya atas sebab undang2..dimanakah keadilan undang2 itu?"terima kasih kerana menjadikan kami golongan miskin buat selamaya wahai kerajaan malaysia"..wassalam

    ReplyDelete
  2. salam..banyak sebab seseorang itu disenaraikan dijabatan insolvensi malaysia sebagai bengkrup atau muflis, antara masalah yang sering dipaparkan adalah

    1) kegagalan pemiutang menjelaskan pinjamanya berdasarkan
    perjanjian yang dibuat antara pemberi pinjaman dengan si
    peminjam
    .
    2) kegagalan penjamin samada penjamin menyedari atau tidak
    namanya digunakan untuk mendapatkan pinjaman oleh individu
    lain.

    .
    3) individu yang tampa menyedari kad pengenalannya yang
    dilaporkan hilang digunakan pihak tidak bertanggung jawap
    berdasarkan beberapa kes. tiada peraturan mewajibkan bank
    mengimbas kad pengenalan sepadan dengan individu yang
    mengemukakan permohonan mendapatkan pinjama sehingga satu
    kes dilaporkan membabitkan warga asing menyebabkan
    pemilik kad pengenalan sebenar menanggung hutang.

    4 ) ada maklumat mengenai satu gerakkan yang cub mengistiharkan
    seberapa ramai umat melayu menjadi muflis atau bengkrup
    sebelum 2020, saya berharap pihak kerajaan memandang serius
    dan mengambil langka wajar bagi mencari formula berkesan bagi
    mengatasi masalah melayu yang semangkin ramai diistiharkan
    muflis, adakah usaha kerajaan meningkatkan ekonomi melayu
    dengan pelbagai usaha dan insentif akan berhasil sekiranya
    kerakusan membengkrupkan seberapa ramai umat melayu tidak
    diberi perhatian..hari ini umat melayu dilindungi dengan hak
    sebagai bumiputera dengan pelbagai keistemewaan. sekiranya
    tiada usaha dari pihak kerajaan yang memerintah hari ini, adakah
    setatus negara maju menjelang 2020 nanti kita boleh menyaksikan
    kuasa ekonomi akan diterajui oleh umat melayu..? selagi negara
    mengamalkan sistem raja berpelembagaan, tampuk pemerintahan
    akan diterajui bangsa kita, tidak mustahil jika gerakkan terancang
    yang sentiasa mencemburui umat kita sentiasa memikirkan
    sesuatu. saya menyeru semua sang tersinarai dalam kelompok ini
    agar membuka mata dan bersatu tampa membezakan parti,
    kerana nasib bangsa kita pada masa depan adalah lebih penting.

    5) peraturan bank juga perlu dikaji semula oleh BNM, bagaimana
    pemegang kad kredit terpaksa menanggung interes walaupun kad
    keredit yang pernah dimiliki telah tamat tempohnya sehingga
    melebihi had kelayakkan keredit itu sendiri. meningkat dan terus
    meningkat sehingga melebihi rm300000. alasan inilah yang
    membolehkan peminjam diistiharkan muflis atas kegagalannya.
    semua yang diistiharkan muflis perlukan kekuatan untuk
    membebaskan diri dari senarai muflis, jika beban yang ditanggung
    ditambah dengan peraturan yang memihak kepada instiusi
    kewangan sahaja, berapa ramai yang mampu bebas dari masalah
    ini.
    6) BNM seharusnya lebih peka dengan membatalkan perjanjian
    pinjaman perumahan antara pemohon pinjaman dengan pihak
    bank sekiranya pemaju gagal menyiapkan projek perumahannya,
    kerajaan seharusnya mengambil langkah segera mengkaji
    semula undang undang yang membolehkan pemaju yang gagal
    dikenakan tindakkan, perlu ada undang undang yang memaksa
    pihak bank memastikan projek perumahan yang diluluskan oleh
    instiusi tersebut berjalan mengikut jadual, undang undang itu juga
    seharusnya memaksa benk memastikan hanya kontraktor yang
    dilantik sahaja yang melaksanakan kerja bagi mengelakkan ALI
    BABA untuk mengaut keuntungan atas angin..
    ali baba inilah yang menyebabkan kontraktor kekurangan modal
    untuk menyiapkan kerjanya.

    ReplyDelete
  3. Kepada Kerajaan Malaysia,
    Kerajaan Malaysia yang terlalu memberi kuasa kepada bank menjadi penyebab kepada pengurusan tidak sempurna. Bank ialah punca utama seseorang individu menjadi ‘bankruptcy‘ atau muflis.
    Bank-bank di Malaysia boleh mengenakan caj dengan kadar faedah yang tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak ada jabatan yang boleh membantu anda pada masa tersebut.
    Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Tambahan pula bankruptcy laws di Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang. Dengan AKTA KEBANKRAPAN 1967, kita sangat jelas, ini kebanyakan disebabkan oleh kuasa bank yang keterlaluan.
    Bankruptcy laws di Malaysia memang boleh menyebabkan seseorang muflis dan melambatkan muflis untuk hidup semula. Di dalam undang-undang muflis, ada banyak syarat yang mengikat si muflis seperti tidak boleh berniaga sendiri, tidak boleh terima wang lebih RM500 dari orang lain (dikehendaki melapor kpd Jabatan Insolvensi Malaysia), tidak boleh keluar luar negara bekerja (pasport disekat), tidak dapat memegang jawatan tinggi di syarikat dan lain-lain. Ini semua memang akan menyekat seseorang muflis mendapat wang untuk pelepasan.

    Harap kerajaan kita sedar dan tidak membunuh masa depan seseorang muflis di Malaysia ini dan tidak membunuh sesama sendiri. Bankruptcy yang meningkat boleh diselesaikan jika Akta Kebankrapan 1967 boleh berubah mengikut masa sekarang, bukan akta kampung yang dulu. Untuk menjatuhkan seseorang menjadi bankrap hutangnya kalau melebihi RM150,000 ke atas. Harap juga yg telah dilaporkan bankrap pada masa sekarang akan dilepaskan secepat mungkin jika hutang tidak melebihi RM150,000. Inilah yang sempurna dan sesuai untuk masa kini.
    Kerajaan Malaysia memang kena mempertimbangkan seseorang yang telah jatuh bankrap kalau hutang tidak melebihi RM150,000 atau RM100,000 patut diberi peluang untuk pelepasan automatik pada awal tahun 2015 ini. Ianya sangat jelas, yang telah difailkan bankrupcy, akhir hutang akan ditambah oleh pihak bank dan hantar kepada JIM.
    Kalau seseorang dijatuhkan bankrap dengan jumlah hutang yang tinggi, mungkin dia ada niat untuk mendapat manfaat dari pihak bank atau kerajaan kita. Akhirnya saya sebagai wakil pihak muflis harap Kerajaan Malaysia kita dapat mempertimbangkan isu isu seperti ini.

    ReplyDelete
  4. Kepada Kerajaan Malaysia,